“Saat Mumy Diduga, Kau Hadir Bawa Sinar Cahaya” – Azharina Ambil Anak Angkat Ketiga

Hiburan
“Saat Mumy Diduga, Kau Hadir Bawa Sinar Cahaya” – Azharina Ambil Anak Angkat Ketiga
Bekas bintang GegarVaganza (GV3), Azharina Azhar akui bersyukur kerana diberi peluang untuk mengambil seorang lagi anak angkat.
 
Bayi lelaki comel yang dilahirkan pada 18 Oktober lalu itu diberi nama Redha Azharin Azhar.
 
Azharina memnberitahu berita gembira itu menerusi akaun Instagram (IG)nya semalam beserta foto yang merakamkan dirinya sedang memangku Redha.
 

Dalam pada itu menerusi ruangan komen, rata-rata peminat mengucapkan tahniah kepada penyanyi berkenaan dan memuji kecomelan anak angkatnya itu.
 
Redha merupakan anak angkat ketiganya selepas Rahmat Azharin Azhar, 3, dan Rizqie Azharin Azhar meninggal dunia selepas mengalami komplikasi daripada pelbagai jenis penyakit pada Mac lalu.
 
Foto: Instagram @azharina_a
 
Teks oleh: Mya Amri
 

Artikel Berkaitan