Tahniah Astro Gempak ucapkan kepada Astro Radio kerana berjaya mengekalkan kedudukan sebagai radio nombor satu Malaysia dengan 15.1 juta pendengar setiap minggu.

Berdasarkan kaji selidik yang dikeluarkan Pengukuran Pendengar Rasio GFK, Liputan 2, 2016 baru-baru ini mengesahkan Astro Radio terus mengukuhkan kedudukan sebagai rangkaian radio paling popular di Malaysia.

Sementara itu ERA FM telah dinobatkan sebagai stesen nombor satu negara dan radio Bahasa Malaysia paling popular dengan meraih 5.8 juta pendengar ekslusif seminggu.

Rancangan Sarapan Pagi Popular JoHaRa Pagi ERA dikendalikan Johan, Haniff dan Ray terus menduduki tangga pertama rancagan pagu dengan 3.3 juta pendengar.

Di antara radio-radio berbahasa Malaysia ERA FM turut mendominasi gelombang udara secara keseluruhan untuk program-program disiarkan.

Membanggakan buat Sinar FM kerana berjaya menduduki tangga kedua radio yang digemari di Malaysia dan ini membuktikan nafas baru yang diterapkan stesen radio tersebut berjaya menarik perhatian 4.7 juta pendengar.

Rancangan Sarapan Pagi Sinar FM, Sepahtu Sinar turut mencatat 2.6 juta pendengar seminggu.

Berjaya menawan Pantai Timur dan secocok dengan gelarannya Raja Radio di Pantai Timur, THR Gegar terus bertakhta di jiwa pendengar Pantai Timur dan sekali lagi menggondol kedudukan sebagai stesen radio nombor satu di Kelantan, Terengganu dan Pahang.

Prestasi cemerlang stesen ini diperlihatkan sebagai sebuah kejayaan mendadak apabila meraih 2.8 juta pendengar seminggu.

Ketua Pegawai Eksekutif Astro Radio, Jake Abdullah, berkata, radio terus berkembang maju, selardengan pertumbuhannya mengikut permintaan masa kini.

“Bagi gabungan kesemua stesen Bahasa Malaysia di bawah naungan Astro Radio, kami mencatatkan 74.2% pendengar, manakala stesen Bahasa Inggeris dengan 85.5% pendengar.

“Para selebriti Astro Radio yang menggendalikan segmen tertentu turut menyumbang ke arah peningkatan pendengar. Antara yang turut menyumbang adalah seperti Rancangan Sarapan Pagi Sinar FM iaitu Sepahtu Sinar.

“Kehadiran trio Sepahtu Sinar, Jep, Shuib dan Rahim telah menunjukan prestasi yang cemerlang. Gandingan penyampai radio Zura bersama Shah di Ceria Pagi ternyata memberi kesan di hati pendengar kerana stesen ini telah menerima banyak respon positif daripada pendengar melalui media sosial," katanya menerusi siaran media kepada Astro Gempak.