Kad undangan perkahwinan pasangan selebriti popular Korea, Song Joong Ki dan Song Hye Kyo telah didedahkan kepada umum.

Kad undangan yang didedahkan secara eksklusif oleh media China, Chongqing Times semalam telah mendapat perhatian peminat Song Joong Ki dan Song Hye Kyo diseluruh dunia.

Foto kad undangan pasangan yang dikenali dengan gelaran #SongSongcouple ini juga mengejutkan peminatnya.

Foto eksklusif itu menunjukkan sebuah kad berwarna putih dengan rekaan ringkas beserta reben putih dan hanya dihiasi dengan daun kecil.



Bagaimanapun, hanya bahagian luar kad tersebut sahaja yang didedahkan kepada umum.

Dalam pada itu, para peminat pasangan ini meluahkan rasa tidak percaya melihat betapa ringkasnya kad undangan pasangan popular berkenaan.

“Tak mengapalah, ringkas pun okay yang penting adalah majlis perkahwinan mereka. Saya sangat gembira dan berharap mereka berdua akan kekal bersama selamanya,” - Orange Grapes.

“Ringkasnya, saya ingat kad kahwin mereka mempunyai rekaan yang sangat eksklusif, tapi tak apalah saya tetap doakan kebahagiaan mereka,” - mintylove

“Oh sebenarnya saya dah boleh agak kad perkahwinan mereka ringkas kerana Song Hye Kyo memang seorang yang ‘simple’,” - Gold Lamp


Pasangan ini bakal melangsungkan perkahwinan mereka pada 31 Oktober ini.

Sumber: Allkpop