Pengikut laman sosial Instagram kucing peliharaan milik pasangan selebriti Hanis Zalikha dan Hairul Azreen, Bujibu Chempel kini mencecah satu juta pengguna.

Akaun Instagram Bujibu yang dibuka pada awal tahun 2016 itu telah dihujani ucapan tahniah daripada pengikutnya.

Menerusi entri terkini akuan @bujibuchempel, sekeping foto Bujibu telah dimuat naik bersama kapsyen seperti berikut:

"Tak minta pun follow I," seloroh kapsyen tersebut.

Seperti kebiasaan, entri tersebut telah dipenuhi dengan komen-komen yang memuji kegebuan Bujibu.

Akaun Bujibu yang telah memuat naik sebanyak 416 posting itu banyak menceritakan mengenai perjalanan kucing itu semenjak dipelihara oleh Hanis dan Hairul.

Kebanyakkan pengikut juga gemar melihat hubungan 'love hate relationship' antara Bujibu dengan anak Hanis dan Hairul, Yusuf Iskandar.

Sebelum ini, akaun Instagram anak mereka, @theyusufiskandar berjaya meraih pengikut mencecah satu juta pengguna pada hujung Februari lalu.

Sehingga kini, akaun Instagram Yusuf mempunyai 1.8 juta pengguna.

Teks oleh: Kamaruddin Razal
Foto: Instagram @bujibuchempel

Tak minta pun follow I

A post shared by Bujibu Chempel (@bujibuchempel) on