Syarikat pengurusan kumpulan K-Pop terkenal, Blackpink, YG Entertainment menafikan gosip cinta antara Jenny dan produser YG iaitu Teddy.

Malah syarikat itu juga memberi amaran keras dan tidak akan teragak-agak untuk mengenakan tindakan undang-undang terhadap penyebar khabar angin tersebut.

“Spekulasi itu tidak benar! Kami akan mengenakan tindakan undang-undang terhadap mereka yang menyebarkan berita palsu itu.

“Mereka berdua tiada sebarang hubungan istimewa antara satu sama lain dan ini kali pertama kami mendengar gosip cinta yang melibatkan Jenny dan Teddy,” kata wakil syarikat berkenaan.

Teddy Park atau nama sebenarnya Park Hong Jun merupakan produser popular dalam pembikinan lagu-lagu hit Blackpink antaranya Playing With Fire, Whistle, Boombayah dan As IF It's Your Last.

Sumber: Allkpop/ Soompi