Selepas hampir setahun bercinta, bekas anggota kumpulan Jonas Brothers, Joe Jonas dan pelakon drama bersiri Game of Thrones, Sophie Turner akhirnya bertunang.

Pasangan itu mendedahkan khabar gembira itu menerusi akaun Instagram masing-masing semalam.

"Saya jawab ya (I said yes)," tulis Sophie di akaun Instagramnya dengan memuatnaik foto dia menyarung sebentuk cincin.

I said yes.

A post shared by Sophie Turner (@sophiet) on


Joe turut memuatnaik gambar sama bersama kapsyen bertulis; "Dia jawab ya (She said yes)."

She said yes.

A post shared by J O E J O N A S (@joejonas) on


Selepas mengumumkan berita pertunangan itu, kedua-dua bekas anggota kumpulan Jonas Brothers, Nick dan Kevin mengucapkan tahniah menerusi akaun Twitter.

Walaupun Joe, 28, dan Sophie, 21, tidak terlalu terbuka berkongsi kisah peribadi mereka, pasangan itu sering dilihat bercuti bersama-sama dan meluangkan masa bersama keluarga satu sama lain.

Sehingga kini tiada maklumat lanjut mengenai tarikh perkahwinan Joe dan Sophie.

Olahan oleh: Amri Hassan
Sumber: Asia One