Pelakon Amyra Rosli dan Amar Baharin menyambut kelahiran bayi lelaki mereka pada Ahad lalu.

Amyra selamat melahirkan bayi sulung mereka di Pusat Perubatan Prince Court, Kuala Lumpur.

Amyra turut berkongsi berita gembira tersebut menerusi akaun Instagram(IG)nya semalam, dengan memuat naik foto jari si comel itu menggenggam erat jari bapanya.

Alhamdulillah.. “Aku mohon perlindungan untuk mu wahai anakku yg baru lahir, dgn kalimah2 Allah yang sempurna dari kejahatan syaitan , binatang2 berbisa dan dari kejahatan yg menakutkan” Amin.. Terima kasih semua atas doa yg tidak henti2 buat kami ? #Amyramar #AmyramarJr #EndlessLove #15102017

A post shared by Madam Amar (@aamyrarosli) on


Foto tersebut juga membuatkan peminat teruja dan tidak sabar untuk melihat wajah putera kepada Amyra dan Amar Baharin ini.

Dalam pada itu, akaun yang diwujudkan khas buat anak pasangan ini, @amyramarjr juga sudah mempunyai seramai 25,000 pengikut.

Foto: Instagram Amyra Rosli

Teks oleh: Mya Amri