Konsert AF Megastar separuh akhir telah berlangsung dengan meriah di Royale Theatre Shah Alam, malam semalam.

Menampilkan dua tema iaitu duet dan lagu carta, tujuh bintang AF Megastar yang bertanding telah memberikan persembahan hebat dan memukau.

Konsert minggu ini menyaksikan Idayu buat pertama kali menerima anugerah persembahan terbaik, Star Of The Week hasil undian peminat sepenuhnya.

Idayu membawa pulang eGiftCard daripada GoShop bernilai RM2, 000 serta sebuah trofi.

Sementara Amir dan Amir Jahari telah diumumkan sebagai peserta yang mendapat kedudukkan terendah secara keseluruhan sekaligus menyebabkan mereka tidak dapat melangkah ke peringkat akhir.

Sebanyak 60 peratus markah telah diadili oleh juri tetap Datuk Ramli MS dan Syafinaz Selamat serta Datuk M. Nasir sebagai juri jemputan.

Selebihnya, 40 peratus adalah hasil undian iaitu AFUNDI menerusi laman web www.afmegastar.com.my serta khidmat pesanan ringkas (SMS) daripada peminat.

Di bawah merupakan kedudukan bintang daripada markah keseluruhan dan komen-komen juri yang telah diberikan:

1. Idayu, 59.1% - Kerna Ku Sanggup, Agnes Monica (duet Azharina)


"Saya tak pernah bagi tepukan sambil berdiri pada sesiapa ya, awak seorang sahaja," - Ramli MS

Segala Perasaan, Siti Nurhaliza


"Awak ada suara yang sedap tapi berjaga-jaga bila menyanyi di note yang rendah," - Syafinaz Selamat

2. Bob, 55.4% - Asalkan Kau Bahagia, Armada


"Tak payah buang masa lah nak komen, awak memang bagus," - Ramli MS

Kerna Hati Ini Telah Dilukai, Ajai & Krisdayanti (duet Dayang Nurfaizah)


"Sebenarnya tak perlu komen apa-apa sebab awak sentiasa bagus tapi saya tak pasti, saya ada dengar suara bob seperti tenggelam bila bersama Dayang," - Syafinaz Selamat

3. Marsha, 53.5% - Lay Me Down, Sam Smith (duet Jaclyn Victor)


"Lagu ni susah untuk dibawakan tapi keseluruhan saya rasa awak sampaikan dengan baik," - Ramli MS

Menahan Rindu, Wany Hasrita


"This is a power arrangment! Kalau awak tak menang di pentas ini pun tak apa kerana awak dah buktikan segalanya," - Syafinaz Selamat

4. Syamel, 46.5% - Di Pintu Mahligai, Iklim (duet Black)


"Saya tak faham dengan persembahan awak tapi nyanyian awak sentiasa bagus," - M. Nasir

Sedalam- dalam Rindu, Tajul


"Pemilihan lagu yang salah kerana ia tidak mencabar vokal awak dan harap selepas ini hati-hati memilih lagu," - Ramli MS

5. Shahir, 28.5% - Hello, Adele (duet Awi Rafael)


"Saya suka dengan persembahan awak dan ia lebih baik dari minggu lalu," - Syafinaz Selamat

Warkah Untuk Ku, Ara


"Bila menyanyi secara langsung suara awak tidak menyerlah tapi apa-apa pun persembahan bagus," - M. Nasir

6. Amir Jahari, 26.0% - Sabar, Ismail Izani


"Awak boleh menyanyi tapi bagi saya persembahan awak tadi ok sahaja," - M. Nasir

Kenangan Terindah, Samsons (duet Bam Samsons)


"Lagu ni saya tak rasa sesuai untuk pertandingan dan susunan muzik awak bertukar di akhirnya pula. Jangan ambil mudah," Ramli MS

7. Amir, 21.1% - Kullul Hubbi, Faizal Tahir


"Persembahan dan nanyian tiada masalah tapi saya rasa awak perlu beri lebih lagi sebab awak dah sampai ke tahap ini," - Syafinaz Selamat

Dirgahayu, Faizal Tahir (duet Siti Nordiana)


"Saya rasa awak perlu baiki nyanyian awak dan lebih memahami lagu ini dari memikirkan cara persembahan," - M. Nasir

AF Megastar bersiaran secara langsung di Astro Ria (104) dan Ria HD (123), setiap hari Ahad, jam 9 malam.

Untuk menonton video persembahan bintang-bintang AF Megastar, layari www.gempak.com/af-megastar/video

AF Megastar juga boleh ditonton secara langsung di laman www.afmegastar.com.my/

Jika mahu menonton koleksi konsert akhir Akademi Fantasia dari musim pertama hingga ke AF2013, boleh ke Astro On Demand (OD) dengan melayari www.watchod.com

Teks oleh: Syafiqah Jalal