Tunku Mahkota Johor (TMJ), Tunku Ismail Sultan Ibrahim menamakan putera sulung baginda, Tunku Iskandar Abdul Jalil Abu Bakar Ibrahim Ibni Tunku Ismail.

Putera sulung baginda dilahirkan semalam dan pengumuman kelahiran berkenaan diumumkan Yang Dipertua Majlis Jumaah Diraja Johor Datuk Abdul Rahim Ramli menerusi satu kenyataan.

Tunku Iskandar Abdul Jalil Abu Bakar Ibrahim merupakan cucu kedua Sultan Ibrahim Ibni Almarhum Sultan Iskandar dan Permaisuri Raja Zarith Sofiah Binti Almarhum Sultan Idris Shah.

Pada 25 Jun tahun lalu, Tunku Ismail dan isteri, Che’ Puan Khaleeda Bustamam dikurniakan seorang puteri, Tunku Kalsom Aminah Sofiah Tunku Ismail.

Tunku Ismail dan Che’ Puan Khaleeda melangsungkan pernikahan pada 2014.


Sumber/Foto: Facebook Johor Southern Tigers