Pelakon Korea Han Hyo Joo telah membuka akaun Instagram rasmi khas buat para peminatnya.


Akaun dengan id @hanhyojoo222 itu dibuka pada penghujung September lalu.


Manakala entri pertamanya dimulakan dengan ucapan ‘hello’ kepada peminatnya.



Dalam pada itu, menerusi ruangan komen, rata-rata peminat memuji foto-foto yang dikongsi oleh Hyo Joo.


Mereka juga tidak menyangka aktres wanita itu mempunyai bakat dalam bidang fotografi.


Berikut merupakan antara foto-foto yang dikongsi oleh Hyo Joo: