Selepas Sebulan Berkenalan, Kak Lina Pom Pom Terima Lamaran Ayden Rizqi

12 Oktober 2017. 8.10 PM
9,732
Hiburan
Selepas Sebulan Berkenalan, Kak Lina Pom Pom Terima Lamaran Ayden Rizqi
Selepas sebulan berkenalan, bekas bintang GegarVaganza musim ketiga, Elly Mazlein menerima lamaran Ayden Rizqi.

Jangan salah sangka kerana lamaran yang dimaksudkan bukanlah datang dari mana-mana jejaka.

Elly atau lebih mesra disapa sebagai Kak Lina Pom Pom menerima lamaran syarikat Ayden Rizqi Empire Sdn Bhd yang mahu menjadikan dirinya sebagai duta produk keluaran mereka, Lentik Dara.

"Sebelum saya bersetuju menerima lamaran syarikat Ayden Rizqi Empire, saya telah terlebih dahulu mencuba produk Lentik Dara selama sebulan. Saya mahu merasakan sendiri keberkesanan produk ini.

"Alhamdulillah, selepas sebulan mencuba dan berkenalan dengan produk ini, Lentik Dara sangat serasi dengan saya. Berat badan saya hilang sebanyak lima kilogram. 

"Apabila saya dapat merasakan perubahan positif, barulah saya bersetuju menerima lamaran mereka yang mahu menjadikan saya sebagai duta Lentik Dara," katanya.

Tambah Elly, dia menganggap tawaran untuk menjadi duta adalah rezeki anaknya, Putri Sara Sefhia.

"Alhamdulillah, semuanya rezeki Sefhia. Semenjak penghujung tahun lalu, rezeki saya tidak pernah putus.

"Ada sahaja tawaran dalam bidang lakonan, nyanyian serta jenama yang mahu melantik saya sebagai duta. Semuanya rezeki anak. 

"Selagi saya masih terdaya, saya akan bekerja dengan lebih kuat untuk anak dan ayah saya. Mereka adalah segala-galanya," katanya lagi.

Menurut Ketua Pegawai Eksekutif Ayden Rizqi Empire, Wan Afifah Wan Mhd Kamal, Elly dipilih sebagai duta Lentik Dara kerana perwatakannya yang sesuai dengan produk.

"Elly mempunyai ciri-ciri yang sesuai dengan produk serta umur kumpulan sasar iaitu wanita berusia 30-an. Dia juga telah mencuba keberkesanan Lentik Dara.

"Selain itu, nama produk kami yang 'catchy' juga sesuai dengan karakter Elly yang manja," kata Wan Afifah.

Teks oleh: Kamaruddin Razal
Foto: Instagram @iamellymazlein

Artikel Berkaitan


Komen