Peminat AF Megastar kini berpeluang beramah mesra bersama tujuh bintang yang mara ke peringkat separuh akhir dengan lebih dekat.

Tujuh bintang AF Megastar iaitu Bob, Idayu, Marsha, Shahir, Amir Jahari, Syamel, dan Amir bakal meluangkan masa bersama peminat bertuah dalam acara Up Close With AF Megastar.

Acara tersebut bakal berlangsung di Sunway Putra Mall pada 14 Oktober ini (Sabtu) bermula jam 12 tengahari hingga 2 petang.

Istimewanya, peminat bertuah bakal berpeluang mengambil gambar swafoto bersama ketujuh-tujuh bintang tersebut.

Selain itu, mereka juga bakal beramah mesra dalam satu acara permainan yang akan diadakan bersama bintang-bintang itu nanti.

Sementara itu, acara itu juga bakal dimeriahkan dengan persembahan nyanyian istimewa daripada bintang AF Megastar seperti Idayu, Marsha dan Bob.

Bagaimanapun hanya peminat bertuah sahaja yang akan berpeluang menikmati layanan istimewa tersebut.

Mahu jadi peminat bertuah tersebut? Senang sahaja, layari laman sosial Instagram (IG) Akademi Fantasia dan sertai pertandingan Jawab & Menang Up Close With AF Megastar.

Jawab dua soalan yang diberikan dengan tepat dan hanya peminat bertuah akan dipilih untuk menyertai acara Up Close With AF Megastar.

Peminat bertuah akan dihubungi oleh pihak Akademi Fantasia dan hadir pada Up Close With AF Megastar itu nanti.