Peserta Super Spontan Superstar, Amy Mastura akui tidak sengaja menampar pipi pelawak Danial Lawak Solo dalam program CCTV yang bersiaran baru-baru ini.
Menurut Amy, kejadian yang berlaku itu adalah diluar kawalan dan disebabkan oleh reaksi spontan selepas melatah.
Amy memberitahu perkara itu menerusi akaun Instagramnya beserta sedutan klip program tersebut.
“Sapa tgk CCTV haritu? Sorry tau akak bukan sengaja nak pukul diorang. Semua diluar kawalan hehe,” tulisnya ringkas.
Bagaimanapun jangan bimbang kerana tiada komen negatif diberikan sebaliknya peminat terhibur dengan gelagat lucu penyanyi dan juga pelakon berkenaan.
Menerusi sedutan yang dikongsikan itu, Danial juga turut ketawa dan seolah-olah ‘give up’ dengan keadaan Amy yang kuat melatah.
“Dah orang usik kak Amy, memang penampo la jawabnye hahaha” - @irah.tirah7863
“Tak sangka melatah juga @amymasturalerr ni. Kelakar juga tengok,” -@lynda_shoppe
“Hahahahahahahaha!!! Comel sangatlah you Kak Amy!” - @SitinormajaafarSaksikan Super Spontan Superstar 2017 yang bersiaran secara langsung di Dewan Percubaan UPM, Serdang, bermula 8 September 2017, setiap Jumaat, jam 10.00 malam di Astro Warna (saluran 132) dan Astro Warna HD (saluran 124).
Program ini juga boleh ditonton menerusi aplikasi Astro GO dan ‘on demand’.
Foto: Instagram @amymasturalerr
Pelakon Dr Pontianak Alami Kisah Mistik Diganggu Hantu! | Singgah Set
Kimberly Chuah bagitahu kat Cik Bam yang diorang diganggu perkara mistik ketika penggambaran Dr Pontianak. Sharifah Sakinah pulak tak puas hati Cik Bam datang time dah nak habis waktu shooting. Mierul Aiman sempat bagi pickup line kat Cik Bam.
Jom strim sampai habis!
Kalau korang nak layan lagi moment-moment panas yang terjadi di set drama, korang boleh saksikan #SinggahSet setiap Jumaat, 5:00 petang di www.gempak.com! Confirm panas!
Saksikan #DrPontianak
Mulai 3 Mei 2024, setiap Jumaat, 10 Malam di Astro Warna dan Strim Astro GO
Terbitan: KL MOTION PICTURES CO.
Arahan: Wan Alauddin (Alak) & Wan Hasliza Wan Zainuddin
Bersama dengan Mierul Aiman, Sharifah Sakinah, Kimberly Chuah, Rashidi Ishak, Sathis Varan & pelakon-pelakon hebat yang lain.
#AstroBaharu #DrPontianak #AstroBaharu #TakMacamDulu #BamBamStudios #MasaBersama #MerapatkanKita
“3.99 Ni Hadiah Birthday Mummy” - Anak Rita Rudaini Dapat Keputusan Cemerlang Straight A
Pelakon Rita Rudaini berkongsi berita gembira tentang anaknya, Airit Rayyan Rizqin, 15, yang berjaya memperolehi keputusan cemerlang dalam peperiksaan. Menerusi entri yang dimuat naik di Instagram, Rita menitipkan doa serta memanjatkan rasa syukur ke atas pencapaian anak sulungnya itu. “Alhamdulillah, syukur pada Allah, tahun ni Ryan Top 10 bat