Bintang GegarVaganza (GV) 4, Aishah meminta semua pihak lebih terbuka dan tidak mengaitkan penyertaannya dalam program realiti itu dengan perkara yang tidak berkaitan seperti politik.

Ini kerana jelasnya, muzik itu bersifat universal dan semua fahaman atau ideologi serta hal-hal tidak berkaitan harus diketepikan.

“Saya ingin memberi fokus kepada GV4 dan saya harap semua pihak lebih terbuka dan tidak mengaitkan apa-apa.

“Muzik itu kan universal, jadi apa sahaja fahaman, perbezaan atau benda-benda lain tu kita letak tepi dan tidak perlu dicampur adukkan,” katanya kepada Astro Gempak.

Bagaimanapun Aishah berkata, dia sudah bersedia untuk berhadapan dengan tohmahan dan kritikan netizen kerana perkara tersebut tidak boleh dihalang.

“Saya sudah berfikir masak-masak sebelum terima tawaran GV4. Sampaikan orang-orang disekeliling saya menasihatkan supaya tidak membaca komen di sosial media.

“Lagipun bagi saya...seramai mana orang yang suka kita, seramai itu jugalah yang tidak sukakan kita. Jadi, semangat saya tidak akan luntur kerana perkara-perkara remeh begitu,” ujarnya.

Dalam pada itu Aishah atau Wan Aishah Wan Ariffin, 52, menambah, dia menerima tawaran untuk menyertai GV4 kerana rindukan persembahan berskala besar.

“Saya tidak pernah berhenti menyanyi cuma sudah berapa lama tidak terlibat dengan pentas nyanyian berskala besar.

“Jadi apabila tawaran datang, saya tidak menolak dan terus bersetuju kerana bagi saya selain memberikan platform yang baik, GV4 juga pentas yang bagus untuk kita cabar diri menyanyikan lagu orang lain.

“Berpuluh tahun saya nyanyi lagu sendiri, kali ini saya perlu menyanyikan lagu orang lain. Itulah cabarannya dan saya akan buat sehabis baik,” ujarnya.

Jangan lupa untuk menyaksikan 12 bintang GV4, iaitu, Liza Hanim, Aishah, Elyana, Syura, Haida, Raja Azura, Aqasha, Lan Kristal, Tia Jinbara, Firman Siagian, Hazami dan Ferhad pada konsert pertama yang akan berlangsung pada 29 Oktober ini di Astro Ria (104) dan Ria HD (123) atau di aplikasi Astro Go dan On Demand.

GV4 bersiaran secara langsung dari Dewan Sri Putra Bukit Jalil, setiap Ahad jam 9 malam.

Saksikan juga Kapsul Gegar Vaganza yang bersiaran setiap Isnin hingga Jumaat jam 10.55 malam bermula 16 Oktober ini.

Dapatkan perkembangan terkini tentang GV4 hanya di laman sosial rasmi Instagram @gegarvaganzaofficial atau Facebook Astro Gempak atau di laman web www.gegarvaganza.com.my.

Foto: Instagram/Facebook Wan Aishah Wan Ariffin