Pelakon Datuk Jalaluddin Hassan, 63, mengakui sedang mengenali seorang wanita dan berhasrat untuk mengahwininya selepas setahun pemergian isteri, Datin Hasimah Mat Ehsan.
Kata Jalaluddin dia mengenali wanita itu menerusi Facebook beberapa bulan lalu untuk mengucapkan Selamat Berpuasa pada bulan Ramadan kemudian bertemunya ketika sambutan rumah terbuka Aidilfitri.
"Life must go on! Apabila hilang arwah isteri saya rasa hidup saya tiada erti dan pintu hati pun sudah tertutup.
"Tetapi apabila apabila pertama kali bertemunya, hati saya rasa dialah individu yang paling tepat.
"Ya, saya sedang mengenali seseorang dan berhasrat untuk memperisterikannya.
"Tarikh masih belum diputuskan lagi, mungkin tahun ini mungkin tahun depan," katanya yang ditemui pada majlis sidang media teater Bahara Emas di Auditorium Dewan Bahasa dan Pustaka, Kuala Lumpur siang tadi.
Wanita yang berstatus ibu tunggal itu didedahkan Jalaluddin dengan pangkal nama YR.
Selain itu, wanita berusia 44 tahun itu dipercayai berasal dari Serkam, Melaka dan mempunyai empat anak hasil perkahwinan sebelum ini.
Sementara itu kata Jalaluddin, bapanya, Tan Sri Hassan Azhari juga sering menasihatinya untuk berkahwin kerana kasihankan dirinya.
"Ayah saya betul-betul mahukan saya berkahwin secepat mungkin tetapi saya masih belum bersedia.
"Anak-anak juga tidak menghalang untuk saya berkahwin semula kerana sedar saya perlukan seorang isteri pada masa ini terutama untuk menjaga kebajikan saya.
"Apa pun, saya memerlukan sedikit ruang sebelum membuat keputusan," katanya.
Pengacara Who Wants To Be A Millionaire itu kehilangan isterinya Datin Hasimah Mat Ehsan November tahun lalu akibat komplikasi pembedahan jantung di Pusat Perubatan Universiti Kebangsaan Malaysia (PPUKM), Kuala Lumpur.
Minggu lalu, Jalaluddin dimasukkan ke hospital akibat masalah vertigo yang menyebabkannya mengalami masalah keseimbangan badan.
Walaupun dibenarkan keluar hospital untuk berehat pada Rabu lalu, Jalaluddin tetap memberi komitmen pada teater Bahara Emas terbitan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) yang bakal dipentaskan pada 19 hingga 22 Oktober ini.
Teks oleh: Amri Hassan
Foto: Kosmo!
Amri Hassan
Tue Oct 10 2017
Ippo Hafiz Perjelas Dakwaan Lari Anak Kedua - “Saya Beritahu Isteri Buat Masa Ini Biar Saya Jaga”
Ippo Hafiz beri penjelasan
Orang Kaya Dubai Memang Next Level, Angkat Kenderaan Pakai Bot, Main Jet Ski Pasca Banjir
Dunia barangkali melihat banjir yang melumpuhkan bandaraya Dubai sebagai sebuah bencana.
Izara Aishah Pilih Tawaran Berlakon, Hanya Filem & Drama Bersesuaian - “Jalan Cerita Sekarang, Saya Tak Minat”
Izara tak minat jalan cerita drama sekarang.
Alyssa Lee Dedah Sikap Amalina Arham Ketika Pertama Kali Jumpa Di Set Drama ‘Khun:Sa’ - “Awak Bukan Hidung Tinggi Tapi…”
Alyssa & Amalina kongsi pengalaman bertemu di set.
Pelajar Sekolah Meninggal Dunia Ketika Merentas Desa
Seorang pelajar lelaki sebuah sekolah menengah di sini rebah sebelum disahkan meninggal dunia ketika menyertai kejohanan merentas desa di sekolahnya pada Jumaat.
Bawa Watak Protagonis, Sofia Jane Terima Pelakon Wanita Terbaik di Festival Filem Asia ke-21
Pelakon, Datin Sofia Jane berjaya meraih anugerah pelakon wanita terbaik menerusi lakonan hebatnya yang membawa watak protagonis (Maryam) di filem Maryam Pagi ke Malam pada Festival Filem Asia ke-21 di Rom, Itali.
Ini Sebab Kenapa Kedudukan Hos Tandas Ini Menerima Pujian Daripada Netizen
Netizen memuji kedudukan hos pada tandas awam ini
Mungkin Saya Bukanlah Orang Yang Baik, Tetapi Paling Tidak Saya 'Tidak Munafik' - Bella Astillah
Pelakon, Bella Astillah mengaku bahawa dirinya bukanlah orang yang baik.
Tok Ram fitness padu macam orang muda | Projek Bapak Bapak S3
Saksikan Travel Lawak Bapak Bapak S3 bermula 18 April 2024, setiap Khamis, 9 malam di Astro WARNA dan Strim di Astro GO.
#TravelLawakBapakBapak #TLBB #AstroWarna #AstroBaharu
#TravelLawakBapakBapak #TLBB #AstroWarna #AstroBaharu
Azira DeFam Tak Sangka Lagu Alamak Raya Sudah Sampai Ke Negara Jepun!
Salah seorang anggota kumpulan De Fam, Azira Shafinaz tidak menyangka lagu raya pertama mereka yang berjudul Alamak Raya Lagi mendapat sambutan yang hangat.