Kenapa Rugi Kalau Tak Tonton Tombiruo: Penunggu Rimba

Hiburan
Kenapa Rugi Kalau Tak Tonton Tombiruo: Penunggu Rimba

Jika tayangan pada malam gala pun, kesemua sembilan panggung dipenuhi penonton...rasa-rasanya bagaimana penangan filem adaptasi daripada novel popular Ramlee Awang Murshid (RAM) ini?

Ada beberapa sebab kenapa rugi jika tidak ke panggung dan menonton Tombiruo: Penunggu Rimba pada 12 Oktober ini.

Sebab-sebabnya ialah:

1) Novel terbitan Karangraf, Tombiruo: Penunggu Rimba pada 1998 ini telah diulang cetak sebanyak 18 kali kerana permintaannya yang tinggi! Fuhhh! Info tambahan yang boleh kami beri ialah, Tombiruo: Penunggu Rimba adalah siri pertama dalam triloginya, yang kedua novel Semangat Hutan dan diikuti Tombiruo Terakhir.



2) Sudah tentu kerana barisan pelakon hebatnya! Bukan nak cakap apalah, selepas menonton filem ini, kami berpuas hati dengan lakonan Zul Ariffin, Nabila Huda, Faizal Hussien, Farid Kamil Dato' M. Nasir, Datin Marlia Musa, Hasnul Rahmat, Faye Kusairi, Dynas Mokhtar, Atu Zero dan yang lain-lain! Serius!



3) “Saya tak baca novel, so tak pasti Tombiruo ini filem tentang apa!” Yess! Betul! Mungkin ramai yang menganggap filem ini macam filem tarzan selepas menonton trailernya! Tapi sebenarnya...tak ada kena mengena langsung! Percayalah, yang tak baca novel pun, mesti jatuh cinta dengan filem arahan Seth Larney dan pengarah bersekutu, Nasir Jani ini.



4) Kepada yang sukakan filem aksi, ‘gaduh-gaduh’...Tombiruo akan bagi korang kepuasan! Lebih-lebih lagi ketika Tombiruo berlawan dengan musuh-musuhnya. Bukan nak gebang, tapi Seth Larney berjaya meletakkan babak aksi filem ini setaraf Hollywood!



5) Watak Ejim yang dibawa oleh Zul Ariffin pasti dinanti-nantikan oleh pembaca novel Tombiruo: Penunggu Rimba. Mesti korang teruja nak tahu Ejim akan tanggalkan topeng atau pun tidak! Ehehe...



6) Penggambaran di Sabah! Lepas tonton filem ini mesti korang teruja nak beli tiket dan explore keindahan negeri asal-usul Ejim ini! Cantik wey!



7) Yang pastinya, ada sesuatu yang untuk peminat RAM di hujung filem. Nantikan Tombiruo: Penunggu Rimba di pawagam 12 Oktober ini dan...pastikan anda tidak terlepas!



Sinopsis: Tombiruo yang memaparkan kisah aksi ini menceritakan tentang Ejim, lelaki bertopeng yang digelar sebagai Tombiruo oleh penduduk di Sabah kerana menganggapnya sebagai penunggu rimba. Kehadiran Tombiruo penuh misteri dan sering ditakuti serta dicaci oleh penduduk kampung.

Apabila Wong dan kuncu-kuncunya membuat kacau di kampung untuk meneruskan aktiviti empangan, satu insiden telah berlaku dan menimbulkan kemarahan Tombiruo. Sementara itu, Amiruddin menganggap Tombiruo sebagai punca keperitan hidup keluarganya dan mula menjejaknya.

Wartawan Wan Suraya yang mengikuiti perkembangan isu syarikat Tan Sri Berham turut mengikuti jejak Tombiruo. Wan Suraya dapat rasakan Tombiruo tidak membahayakan seperti diperkatakan.

Namun, apabila Amiruddin dan Tombiruo bertemu, mereka bertarung demi membela nasib orang-orang yang mereka sayangi. Dengan semangat dari hutan telah mengiringi kekuatan Tombiruo. Tetapi hakikatnya, sebuah rahsia di antara mereka berdua yang sudah lama tersimpan terbongkar. Apakah kaitan mereka berdua sebenarnya? Siapakah dalang di sebalik insiden yang berlaku selama ini?

Foto: Astro Shaw


Artikel Berkaitan