Mamak dan Ali Puteh saling mengenali semenjak mereka menyertai program Raja Lawak musim ke-6.

Hubungan dua pelawak itu semakin rapat semenjak mereka membentuk kumpulan Puteh dan betanding di Maharaja Lawak Mega.

Bersahabat baik, Mamak mengimbau kembali kenangan yang tak dapat dilupakan bersama Ali.

"Ada satu peristiwa yang memang akan saya ingati. Saya dan Ali ke Seremban kerana ada urusan di sana. Kami pergi dengan kereta berasingan. Apabila pulang, Ali memecut dahulu untuk pulang ke Kuala Lumpur manakala saya hanya memandu secara santai sahaja.

"Tiba-tiba, kereta saya rosak di tengah jalan. Ketika itu, saya masih berada di kawasan Seremban. Saya menghubungi Ali dan dia sudah sampai di Kuala Lumpur.

"Bayangkan, Ali sanggup bergerak semula ke Seremban untuk membantu saya. Dia boleh sahaja memberikan alasan untuk tidak membantu saya, namun demi persahabatan kami yang terjalin, dia membantu saya.

"Tidak lama selepas itu, Ali bersama keluarganya bercuti di kampung saya di Pulau Pinang. Ketika itu, saya memang berada di kampung.

"Nak dijadikan cerita, kereta Ali juga rosak ketika dia bercuti dan saya langsung tidak teragak-agak untuk segera membantu Ali yang berada di dalam kesusahan," kata Mamak.

Tambah Mamak, sebagai sahabat yang berada dalam satu kumpulan lawak, sudah pasti ada perselisihan faham.

"Sedangkan lidah lagi tergigit, inikan pula hubungan persahabatan. Kami pernah bergaduh dan kejadian itu selalunya berlaku ketika kami mahu mengumpul idea untuk persembahan atau pertandingan.

"Namun begitu, kami berdua mengambil langkah selamat dengan tidak memanjangkan perselisihan faham tersebut. Selalunya, kami tak bertegur seharian dan akan berbaik semula keesokan harinya," kata Mamak lagi.

Kekuatan hubungan persahabatan sebegini boleh anda saksikan dalam musim terbaru program The House!

Kenali pelakon Fattah Amin dan Alvin Chong dengan lebih lanjut serta ikuti perjalan persahabatan mereka dalam musim terbaru program realiti ini.


Tonton episod penuh The House yang ditayangkan secara eksklusif menerusi www.thehouse.com.my atau portal Astro Gempak!

Anda juga boleh menikmati The House menerusi aplikasi Gempak. Muat turun aplikasi tersebut sekarang di Apps Store serta Play Store.

Dalam perkembangan lain, Mamak kini sedang berjuang di pentas Super Spontan Superstar 2017 (SSS2017) mewakili kumpulan Tenggiling Taiko.


Saksikan Super Spontan Superstar 2017 yang bersiaran secara langsung di Dewan Percubaan UPM, Serdang, bermula 8 September 2017, setiap Jumaat, jam 10.00 malam di Astro Warna (saluran 132) dan Astro Warna HD (saluran 124).

Program ini juga boleh ditonton menerusi aplikasi Astro GO dan ‘on demand’.

Teks oleh: Kamaruddin Razal
Foto: Instagram @mamakputeh