Pelakon Juliana Evans akui seronok membawakan watak sebagai Matahari menerusi drama mini bersiri online Mata Cinta.

Menurut Juliana, dia menerima tawaran tersebut kerana jalan cerita yang menarik selain rindu untuk kembali aktif dalam bidang lakonan.

“Seronok berlakon dalam drama ini kerana projek ini memberikan pengalaman berbeza dengan mengetengahkan hanya tujuh minit bagi setiap episod.

“Selain jalan cerita, karakter saya sebagai Matahari juga agak berlainan dan saya seronok melakonkan watak tersebut.

“Matahari seorang yang ‘gila-gila’ dan saya juga seronok dapat bekerjasama dengan bakat-bakat baru.

“Rindu sungguh nak berlakon, kali terakhir saya berlakon adalah pada Disember tahun lalu. Jadi dengan Mata Cinta ini sedikit sebanyak mengubati berjaya mengubati kerinduan saya,” katanya kepada Astro Gempak.

Selain Juliana, Mata Cinta juga turut dibintangi oleh Julien Buteau, Syamim Farid, Aush Abdul, Sasha Saiden dan Dynas Mokhtar.

Mata Cinta akan disiarkan secara ekslusif di platform digital www.matacinta.com.my dan aplikasi Gempak bermula 9 September ini.

Sinopsis:

Mengisahkan tentang Matahari (Julian Evans) yang pulang bercuti dari England untuk menghabiskan cuti semesternya dengan menolong kakaknya, Cahaya (Sasha Saidin) menguruskan perniagaan salun rambut.

Detik perkenalan bersama jurujual kacak bernama Anaqi (Julien Buteau) bermula selepas mereka bertemu sewaktu Matahari membeli barang di Watsons.

Bagaimanapun, hubungan mereka diganggu oleh Ejay (Syamim Farid) yang turut jatuh hati dengan Anaqi.

Maka bermulalah pelbagai kisah lucu dan jalan cerita yang menarik berlaku antara Matahari, Anaqi dan Ejay.

Apa jadi bila cinta terjadi tanpa bicara? Oppa... Jom layan Gempak Original Series "Matacinta" yang akan akan disiarkan secara eksklusif di www.matacinta.com.my dan aplikasi Gempak bermula 9 Oktober 2017. #matacinta #astrogempak

A post shared by Juliana Sophie Evans (@julianaevans) on


Foto: Instagram @julianaevans

Teks oleh: Mya Amri