Tindakan Hairul Azreen melambung tinggi anaknya, Yusuf Iskandar telah menerima komen menyenangkan pelbagai reaksi dari netizen.

Foto tersebut yang dimuat naik Hairul di akaun Instagram(IG) nya, kira-kira tiga jam yang lalu telah mendapat lebih 35 ribu like dengan 500 komen.

Antara komen yang diberikan netizen ialah, "Jangan buat baby Yusof macam tu, tak elok, orang-orang tua kata patah semangat baby nanti", "Pleaselah jangan ingat baby suka bile kita lambung", "Erkkk! seriau tengoknya, tak gayat ke Yusof’", "Janganlah buat baby yusof mcm tu, kesian dia."

Suatu ketika dahulu mendiang Michael Jackson juga pernah dikritik masyarakat dunia apabila menjulurkan anaknya, Prince Michael II keluar tingkap ketika menginap di sebuah hotel di Berlin, German.

Hairul semestinya mempunyai alasan tersendiri mengenai tindakannya itu terutama soal keselamatan Yusuf.

Teks oleh Mohd Ishahrulddin Tahir