Bersempena dengan segmen terbaru Gempak Spot, minggu ini Gempak membawakan cerpen nukilan daripada Wani Ardy khas buat tatapan pembaca.

Menerusi segmen ini, pembaca akan disajikan dengan karya-karya penulis yang menarik.

Untuk minggu ini, kami paparkan cerpen berjudul Sepasang Bakal Bekas Kekasih & Sebuah Kedai Piza Di Ibukota.

Selamat Membaca!

Menurut Forrest Gump, hidup ini ibarat sekotak coklat.
Kita tidak tahu apa yang bakal kita dapat.

Iya, memanglah kita dapat coklat, tetapi kita tidak tahu keadaan bentuk dan rupanya di dalam bagaimana. Cair? Bersemut? Melekat antara satu sama lain? Terkeluar dari kertas acuan? Atau saling tidak tumpah, elok sempurna seperti gambaran luar kotak? The truth is, anything could happen despite our expectations.

Hidup ini penuh dengan rahsia. Semalam kita bergelak ketawa, susah senang bersama, saling menerima pelbagai kekurangan, dan berbual tentang masa depan. Hari ini kita adalah dua orang kekasih yang bakal bersua muka setelah hampir sebulan tidak berhubungan, hanya untuk kembali menjadi dua orang asing.

Ya. Aku tahu. Sungguhpun kau tidak menyebutnya dalam pesanan ringkas kelmarin, namun aku tahu. Mungkin belum genap dua tahun kita berpasangan, tetapi cukup untuk aku ramal hasratmu melalui suaramu dan tulisanmu. That is what love does to people. Kita merasa seolah-olah kita sudah mengenali dia seumur hidup. Kita peka terhadap sekecil-kecil perkara. Begitu juga aku. Sekali kau muncul, aku boleh bau isi hatimu.

Hakikatnya orang yang waras tidak akan meninggalkan teman wanitanya selama sebulan secara tiba-tiba, tanpa sebab musabab yang jelas dan tanpa sebarang tanda yang luar daripada kebiasaan. Kecuali jika dia mati. Atau dia menjadi gila. Atau hatinya sudah berkalih dan mindanya tidak boleh berfikir dengan lurus lagi. Satu purnama bukan jangkamasa singkat bila kita jenis pasangan yang kerap bertemu. Macam-macam boleh terjadi. Kerana itu, apabila akhirnya kau kembali untuk berjumpa, semua kemungkinan kuambil kira.

Selesai tugasan di kantor, aku bersiap-siap untuk temujanji kita. Aku memandang cermin dan kulihat wajah seorang perempuan yang sudah bersedia untuk segalanya. Seorang perempuan yang airmatanya sudah kering dan kesedihan hanyalah teman baik hari kelmarin. Aku mencapai beberapa keping kertas yang kukarang semalaman sebelum menarik nafas semangat dan berlalu menuju destinasi yang telah kita janji:

Sebuah kedai piza di ibukota.

Kedai piza yang dulunya, tempat pertama kita menikmati makan malam sebagai sepasang kekasih.

Hari ini, tempat terakhir kita menikmati makan malam sebagai sepasang kekasih. Mungkin. We’ll see.

“You makan apa?” tanyaku sebaik saja pelayan menghulur menu.

“Nah… It’s okay…” matamu asyik lari-lari dari tadi. You couldn’t look straight into my eyes though I was smiling all the time.

Aku lapar sebenarnya, tetapi memandangkan kau kelihatan kurang selesa dan janggal sehinggakan makan pun tidak mahu, aku mengambil keputusan untuk tidak makan juga. Aku tidak mahu kelihatan terlalu santai dan selamba walhal pertemuan ini adalah pertemuan yang teramat penting. Detik ini sama genting bagi aku.

Walaupun perpisahan kita belum rasmi dan kita belum membentang hujah masing-masing, aku sejujurnya datang sebagai seorang sahabat. Aku sedar tempat duduk aku di dalam hidupmu bukan lagi nombor satu. Tentang perkara itu, aku sudahpun belajar untuk menerima dan berserah sepanjang kau menghilangkan diri tempohari. Makanya malam ini, aku datang sebagai seorang sahabat, bukan kekasih. Dan senyuman yang kekal terukir di bibirku ini bukan lakonan, tetapi kesyukuran kerana akhirnya kita berkesempatan untuk bertemu. Seeing you after a month was surreal but I was just grateful that you were safe and you looked healthy too.

Sambil kita minum, kepalamu sering memandang ke bawah. Mengelak-elak daripada memandang aku. Kita saling bertanya khabar, namun sepatah aku tanya, sepatah yang kau jawab. Sometimes you smiled too but you smiled a painful smile. I felt almost sorry for you, and so I decided to go straight to the point: What had happened that made you disappear for a month and how are we going to deal with it. Dalam kepala aku, aku langsung tidak ada perancangan untuk sesi salah-menyalahkan. Niat dan tujuan aku cukup rasional dan realistik, iaitu kita kenali apa masalah kita sebagai pasangan dan kita cuba cari jalan penyelesaian. Itu saja. Very simple.

“Okay. Let’s talk about us. Siapa nak mula dulu?” aku menyoal tanpa banyak berkias.

“You,” kau menjawab.

“Okay. I start,” lalu aku mengeluarkan kepingan kertas yang aku bawa dari rumah tadi. Aku buka tiap satu lipatan. Dalam kertas-kertas itu adalah tulisan aku yang mencatat empat jenis senarai, depan dan belakang.

Senarai pertama:
“THE DIFFERENCES BETWEEN ANN AND SHAH”
.
.
.

Senarai kedua:
“THE SIMILARITIES BETWEEN ANN AND SHAH”
.
.
.

Senarai ketiga:
“PROBLEMS THAT HAVE COME AND WILL COME IN BETWEEN ANN AND SHAH”
.
.
.

Senarai keempat:
“WAYS TO DEAL AND SOLVE ALL THOSE PROBLEMS”
.
.
.

Lucu? Barangkali. Keanak-anakkan? Boleh jadi. Tetapi aku tidak peduli. I would try just about anything for one last time, one last fight, before giving up on us. I literally wrote these and read these out to you. Aku betul-betul baca satu persatu senarai yang kutulis-tangan itu berserta isinya untuk didengari olehmu. Raut wajahmu terkejut, seperti tidak menjangka sampai begitu sekali aku bersiap sedia untuk menghadapi pertemuan ini. Sebenarnya aku sendiri juga tidak menduga. Ann yang dulu adalah Ann yang emosi. Ann yang tidak rasional. Ann yang menangis siang dan malam malah disertai percubaan membunuh diri. Begitulah bodohnya seorang gadis yang bernama Ann. The break-ups that I went through in the past were mostly ugly. Those relationships ended badly. Ini adalah kali pertama aku tenang. Sekali pun aku tidak meminta penjelasan kenapa kau tiba-tiba menghilangkan diri selama sebulan; sebaliknya aku hanya fokus kepada persoalan esok, lusa, dan bergerak ke hadapan. Aku tidak berani untuk riak atau bangga kerana hakikatnya kekuatan ini bukan datang sekelip mata. The only reason I was this calm is because, I had spent a whole month crying and mourning till my tears dried out. You didn’t see that hideous phase because you were not around. Aku bukanlah kuat pun, padahal.

“So. That’s my hujah. Now your turn,” aku mengakhiri ‘ucapan’ sambil melipat semula kertas-kertas tadi.

“Takda apa... You’re right...” balasmu ringkas.

“Ha?”

“Betullah apa yang you list kan tu... Semuanya betul… I je masalahnya...”

“Masalah apa? You tell me. I listen. Kalau I ada buat salah dengan you, I’m sorry, please tell me.”

“Bukan you... You takda salah... I je...”

“You je apa?”

“I… tak boleh.”

“You tak boleh maksudnya… you tak nak? You tak nak dah kita ni?”

“Yes. I… tak nak.”

Darah aku berderau. Aku menahan empangan dada dari pecah. I swallowed every pain and sadness.

“Okay. So I tak buat salah. And yet you don’t want us anymore. Sebab…?”

Aku melihat dia mengurut dahi dan menundukkan wajah sambil berkata:

“I… have feelings for someone else.”


(bersambung)