Juara Lawak Solo, Danial Zaini menjadi peserta yang tersingkir di minggu kelima Super Spontan Superstar 2017 (SSS2017).

Danial yang menganggotai kumpulan Tenggiling Taiko tersingkir selepas kemenangan berpihak kepada kumpulan King Musang.

“Alhamdulillah, biarpun tersingkir, saya tetap gembira kerana diberi peluang untuk menyertai SSS2017. Rezeki saya bertahan sehingga minggu kelima.

“Walaupun rezeki sampai di sini sahaja, saya tetap bersyukur kerana dapat meraih banyak pengalaman dalam pertandingan ini.

“Jika ada rezeki dan mendapat tawaran, Insya-Allah saya akan sertai lagi Super Spontan di masa akan datang,” katanya.


Tambah Danial, dia menjangkakan Rahim dan Fad sebagai peserta yang bakal melangkah ke pusingan akhir.

“Setiap minggu, saya melihat cara permainan Rahim dan Fad kerana mereka bermain dengan sangat baik. Saya banyak belajar dari cara permainan otai-otai lawak.

“Sering tampil solo, saya juga banyak mengutip pelajaran untuk tampil secara berkumpulan di SSS2017. Pertandingan ini memang banyak memberi pengalaman manis kepada saya,” katanya lagi.

Saksikan Super Spontan Superstar 2017 yang bersiaran secara langsung di Dewan Percubaan UPM, Serdang, bermula 8 September 2017, setiap Jumaat, jam 10.00 malam di Astro Warna (saluran 132) dan Astro Warna HD (saluran 124).

Program ini juga boleh ditonton menerusi aplikasi Astro GO dan ‘on demand’.

Teks oleh: Kamaruddin Razal
Foto: Instagram @danialzain1

@danialzain1 memberikan kata2 akhir di #superspontansuperstar . Thank you brader. #TenggilingTaiko

A post shared by Zon Lawak (@zonlawak) on