Walaupun masih belum ditayangkan namun barisan pelakon utama drama mini bersiri online Mata Cinta, Julien Buteau dan Juliana Evans semakin menjadi tumpuan ramai.

Lebih-lebih lagi selepas mereka menonton ‘trailer’ Mata Cinta yang berkonsepkan ala drama Korea baru-baru ini.

Rata-ratanya meluahkan rasa tidak sabar untuk melihat gandingan dua pelakon berdarah kacukan Juliana Evans dan Julien Buteau.

Selain Julien dan Juliana, Mata Cinta juga turut dibintangi oleh Syamim Farid, Aush Abdul, Sasha Saiden dan Dynas Mokhtar.

Mata Cinta akan disiarkan secara ekslusif di platform digital www.matacinta.com.my dan aplikasi Gempak bermula 9 September ini.

Berikut merupakan watak-watak yang dibawakan oleh mereka:

Matahari (Juliana Evans)

Menetap di UK dan kembali ke Malaysia untuk cuti semester. Merupakan seroang yang sangat berdikari walaupun baru berumur 20 tahun. Bagaimanapun Matahari mempunyai sedikit panas baran lebih-lebih lagi apabila diejek. Sebagai anak bongsu, Matahari sangat rapat dengan kakaknya, Cahaya.

Selain itu, Matahari juga bercita-cita untuk menjadi seorang jurugambar yang terkemuka dan berhasrat untuk memilik pameran fotonya sendiri.

Ariq Anaqi (Julien Buteau)

Lelaki kacak berumur 21 tahun kacukan Korea-Perancis dan bekerja di sebuah kedai farmasi. Disebabkan wajahnya yang tampan membuatkan ramai gadis sanggup beratur dan menunggu lama di kaunter pembayaran semata-mata untuk melihatnya.

Bagaimanapun, wajahnya amat berlainan dengan dengan personaliti Anaqi yang tidak gemar bergaul dan tidak pandai menunjukkan reaksi wajah.

Namun dia merupakan seorang jejaka baik hati dan hanya sahabat baiknya, Maru yang memahami perangai serta sikap Anaqi.

Anaqi menjadi seorang yang pendiam selepas kehilangan kedua-dua ibu bapanya dalam kemalangan 15 tahun lalu kerana trauma.

Personaliti Anaqi mula berubah selepas bertemu Matahari dan sedikit sebanyak membuatkan dirinya jatuh cinta kepada wanita tersebut.

Maru (Aush Abdul)

Kawan baik kepada Anaqi sejak kecil namun tidaklah setampan Anaqi. Soerang yang kekok, gila-gila dan mempunyai citarasa fesyen yang agak pelik.

Namun sikapnya yang jujur dan ikhlas dalam persahabatan membuatkan Anaqi selesa untuk berkongsi luahan hati bersamanya. Maru juga merupakan penyelamat hubungan Matahari dan Anaqi selepas pasangan itu melalui dugaan yang besar.

Maru akui teringin menjadi kacak seperti Anaqi dan impiannya menjadi kenyataan selepas penampilannnya diubah oleh Matahari. Maru kemudiannya berubah menjadi seorang yang tampan.

Ejay (Syamim Farid)

Seorang yang menurut kata dan mengikut apa sahaja kemahuan kakaknya, Lydia. Bagi Ejay, Lydia seorang kakak yang sempurna dan tiada cacat celanya.

Disebabkan itu juga Ejay bertukar menjadi seorang yang busul hati dan berang apabila ada pelanggan yang membandingkan kejayaan salon Matahari dengan Lydia.

Pelbagai cara digunakan untuk membuatkan menghancurkan kebahagiaan Matahari.

Apa jadi bila cinta terjadi tanpa bicara? Oppa... Jom layan Gempak Original Series "Matacinta" yang akan akan disiarkan secara eksklusif di www.matacinta.com.my dan aplikasi Gempak bermula 9 Oktober 2017. #matacinta #astrogempak

A post shared by S Y A M I M F A R I D (@syamimfarid) on


Foto: Instagram Juliana Evans, Julien Buteau