Lapan bintang AF Megastar terkejut selepas menerima kunjungan daripada pengarah Ola Bola Muzikal, Tiara Jacquelina ketika sedang berlatih di studio pada Isnin lalu.

Rutin latihan mereka setiap hari Isnin itu lebih bermakna apabila Tiara sudi datang berkongsi ilmu serta memberi panduan yang berguna.

Lapan bintang iaitu Idayu, Marsha, Bob, Syamel, Indah, Shahir, Amir Jahari dan Amir turut tidak melepaskan peluang untuk bertanyakan soalan.

Sesi bersama Tiara telah berlangsung selama lebih sejam dan bintang-bintang AF Megastar berpuas hati dengan tunjuk ajar yang diberikan.

Di akhir sesi tersebut, Tiara telah memberi kata-kata semangat serta telah mengumumkan Anugerah Megastar Pilihan Bintang.

Menariknya, Tiara bakal hadir di Konsert AF Megastar minggu keempat, Ahad ini dengan memperkenalkan barisan pelakon yang akan membintangi Ola Bola Muzikal.

Ingin tahu lebih lanjut apakah panduan dan kata-kata semangat yang diberikan oleh Tiara serta siapakah yang menerima anugerah pada sesi tersebut, saksikan AF Megastar Studio Plus.

AF Megastar Studio Plus bakal ditayangkan di Astro Ria (104) dan Ria HD (123), pada hari Sabtu, jam 9 malam.

Untuk menonton video persembahan bintang-bintang AF Megastar, layari http://www.gempak.com/af-megastar/video

AF Megastar juga boleh ditonton secara langsung di laman http://www.afmegastar.com.my/

Nak imbau kembali Jika konsert akhir Akademi Fantasia dari musim pertama hingga AF2013, boleh didapati di Astro On Demand, untuk maklumat lanjut sila ke www.watchod.com

Teks oleh: Syafiqah Jalal