Bakat-bakat baru yang membintangi drama mini bersiri online Mata Cinta dan juga program realiti Hero Remaja 2017 mula mencuri tumpuan ramai.

Mereka ialah Julien Buteau (Mata Cinta), Aush Abdul (Mata Cinta), Aiman Rahman (Hero Remaja 2017) dan Alif Muhaimin (Hero Remaja 2017).

Tidak hanya bersandarkan rupa paras yang kacak, keempat-empat jejaka ini juga berbakat dan bijak orangnya.

Tak percaya?

Nah! Ini buktinya:



Julien Buteau

Merupakan pelakon utama Mata Cinta dan memegang watak sebagai Ariq Anaqi. Walaupun baru melibatkan diri dalam dunia lakonan, Julien juga amat mementingkan pelajaran. Dia kini sedang menuntut di Universiti Monash dalam jurusan perniagaan.

Selain itu, Julien juga mempunyai kelebihan dari segi bahasa. Tidak terhad hanya kepada bahasa Inggeris, dia juga boleh bertutur dalam bahasa Melayu, Perancis, Cina dan Kantonis.

Walaupun agak pelat untuk bercakap dalam bahasa Melayu, namun dia akui pertuturannya semakin baik selepas berlakon dalam drama Mata Cinta.

Kalau nak tahu, jejaka tinggi lampai ini juga sangat obses dengan muzium dan penyanyi rap SonaOne.



Aush Abdul

Sama seperti Julien, Aush juga adalah pelakon Mata Cinta dan memegang watak sebagai Maru.

Merupakan pelajar perubatan dan bercita-cita untuk menjadi pakar bedah.

Kalau nak tahu Aush sangat aktif dalam bidang sukan dan dia juga merupakan atlit seni mempertahankan diri.

Sama seperti remaja lain, Aush juga mengakui dia adalah peminat Naruto dan sangat obses dengan anime popular tersebut.



Aiman Rahman

Sebelum memasuki program Hero Remaja 2017, Aiman juga dikenali sebagai Instafamous dan pengikut Instagramnya juga mencecah 110 ribu.

Walaupun masih muda, namun Aiman juga tidak ketinggalan menceburi bidang perniagaan dan mempunyai jenama sendiri iaitu ARCO.

Selain itu, Aiman juga adalah bekas pemain bola sepak dan juga merupakan pelajar jurusan perniagaan/pemasaran.



Alif Muhaimin

Finalis Hero Remaja 2017 ini merupakan seorang pelajar dalam bidang ‘Actuarial Science’ dan juga bekas pemain ragbi.

Disebabkan wajahnya yang kacak, Alif sering dikatakan persis salah seorang anggota kumpulan K-Pop terkenal, EXO iaitu Kai.

Jadi setelah melihat senarai jejaka kacak di atas, mana satu pilihan hati anda?

Jangan lupa saksikan Hero Remaja 2017 yang bersiaran setiap Khamis, jam 9.00 malam di Astro Ria (saluran 104) dan Ria HD (saluran 123).

Hero Remaja X boleh ditonton secara eksklusif di www.astrogempak.com/heroremaja

Manakala Mata Cinta akan disiarkan secara ekslusif di platform digital www.matacinta.com.my dan aplikasi Gempak bermula 9 September ini