Anggota kumpulan EXO, D.O, mengakui kehidupan sebagai seorang selebriti bukannya sesuatu yang mudah untuk dilalui.

Menurut laporan Koreaboo, D.O atau nama sebenarnya Do Kyung Soo berkata, dia berasa sedih apabila tidak dapat menjalani kehidupan normal seperti orang lain.

"Selepas bergelar seorang selebriti, saya tidak lagi mempunyai kehidupan yang normal seperti orang lain.

“Kehidupan selepas bergelar artis memang berlainan, saya juga tidak boleh keluar ke tempat awam seperti mana sebelum bergelar artis.

“Saya masih muda dan perlu berdepan dengan situasi seperti ini membuatkan saya pernah berasa seperti putus asa untuk teruskan kerjaya sebagai artis,” katanya.

Bagaimanapun, tambah D.O, disebabkan sokongan yang diberikan oleh anggota kumpulan EXO lain membuatkan dia terus bersemangat untuk meneruskan karier sebagai seorang penghibur.

Sumber: Koreaboo