Finalis Hero Remaja 2017, Safwan Nazri mengakui terkilan apabila ada pihak yang menggelarkan mereka sebagai 'Geng Kunyit'.

Menurut Safwan Nazri, 24, sebagai seorang finalis dia tidak memahami kenapa orang ramai mudah menggelarkan seseorang itu 'geng kunyit' hanya kerana raut wajah yang 'jambu'.

"Sejujurnya memang saya berasa terkilan apabila ada orang mengaitkan kami dengan 'geng kunyit' kerana mereka tidak berada di tempat kami dan tidak tahu apa yang dilalui oleh Hero Remaja selama enam bulan.

"Apa yang penonton nampak di TV hanyalah highlight aktiviti kami sebagai finalis namun orang ramai tidak memahami apa yang sebenarnya kami lalui bersama kerana mereka tidak berada di situ

"Pelbagai cabaran telah kami lalui dan perkara itu membuatkan hubungan kesemua finalis menjadi begitu akrab.

"Memang akan sedih bila ada salah seorang daripada finalis tersingkir kerana hubungan kami sudah seperti adik beradik.

"Bagi saya menangis itu merupakan lumrah manusia dan tiada sebab seorang hero tidak boleh menangis," katanya kepada Astro Gempak.

Safwan Nazri berkata demikian ketika ditemui pada rakaman program Hero Remaja yang diadakan di Karangkraf, Shah Alam, baru-baru ini.

Untuk mengetahui perkembangan terbaharu mengenai finalis-finalis Hero Remaja, jangan lupa saksikan rancangan Hero Remaja 2017, setiap hari Khamis pada pukul 9 malam, di salauran Astro Ria (saluran 104) dan Ria HD (saluran 123).

Sementara itu, penonton juga boleh menyaksikan 'Hero Remaja x Astro Gempak' secara digital di laman web Astro Gempak.


Teks Oleh: Rozaimi Zubaidi
Foto: Instagram Safwan Nazri