Pelawak Achey mengakui single terbarunya yang mula dilancarkan hari ini dicipta untuk isteri tercinta, Nor Hasanah Yahaya.

Achey, 31, ketika dihubungi Astro Gempak berkata, dia mengambil masa selama enam bulan untuk menyiapkan lagu berjudul Yang Terindah itu.

“Sebenarnya Yang Terindah saya cipta sebagai hadiah hari jadi isteri yang ke-27 pada April lalu. Lagu ini mengisahkan tentang suka duka kami sepanjang enam tahun menjalani hidup bersama sebagai suami isteri.

“Saya tidak malu mengaku, dahulu kami hidup susah dan pernah tinggal di bengkel ketika saya bekerja sebagai mekanik.

“Apa yang menyentuh hati saya, isteri saya tidak pernah merungut dan dia ada beritahu yang dia sanggup jual air bersama-sama jika suatu hari saya tidak ada kerja,” katanya.

Ditanya mengapa dia memilih untuk menyampaikan rasa kasih dan sayangnya kepada isteri menerusi lagu, Achey ada jawapan tersendiri.

Mohon promosi yeaa ??... ... .. Bismillah .. YANG TERINDAH single pertama achey.. harap anda menerimanya dengan hati yang tenang di corong2 radio anda.. #yangterindah #kintangkintung

A post shared by achey Bocey 013-6408967 (mngr) (@acheykintangkintung) on


“Jadi, tidak salah rasanya jika perasaan itu saya sampaikan menerusi lagu dan ia lebih bermakna serta indah kerana isteri saya boleh dengar berkali-kali walau di mana jua dia berada,” ujarnya.

Dalam perkembangan lain, Achey kini sedang bertanding dalam program realiti Super Spontan Superstar 2017, mengetuai kumpulan Tenggiling Taiko.

Setakat ini persembahan Tenggiling Taiko sangat memuaskan apabila berjaya menewaskan kumpulan King Musang yang diketuai Shuib selama tiga minggu berturut-turut.

Mungkinkah ada ahli kumpulan Tenggiling Taiko yang akan dihantar ke pasukan King Musang pada minggu ini?

Jangan lupa saksikan Super Spontan Superstar 2017 yang bersiaran secara langsung di Dewan Percubaan UPM, Serdang, setiap Jumaat, jam 10.00 malam di Astro Warna (saluran 132) dan Astro Warna HD (saluran 124).

Program ini juga boleh ditonton menerusi aplikasi Astro GO dan ‘on demand’.

Foto: Instagram Achey