Penyanyi K-pop, Minzy akui kehidupannya berasa sunyi selepas meninggalkan kumpulan 2NE1 untuk bergerak secara solo pada 5 April lalu.

Perkara itu didedahkan oleh Minzy menerusi satu temubual bersama The Star Magazine baru-baru ini.

Minzy berkata dia sangat merindui detik-detik terindah bersama tiga anggota lain iaitu CL, Park Bom dan Dara sewaktu mereka masih lagi bersama sebagai satu kumpulan.

“Memang saya merasai perbezaan antara berkumpulan dan juga secara solo. Saya berasa kesunyian kerana sebelum ini apa sahaja yang saya lakukan semuanya berempat.

“Namun kini agak berlainan dan semuanya perlu dilakukan secara sendirian.



“Imbas kembali kenangan lalu, sebenarnya kami semua memang ceria dan ada sahaja perkara yang ingin dibualkan.

“Kadang-kadang bila teringat memori lalu memang membuatkan saya agak sedih. Saya harap 2NE1 tidak akan dilupakan dan sentiasa di hati,” katanya.



Bagaimana pun, kenyataan Minzy itu telah mengundang pelbagai reaksi sehingga timbulnya pergaduhan diantara peminat.

Rata-ratanya memerli dan melabelkan Minzy sebagai seorang yang hipokrit kerana mengambil keputusan untuk meninggalkan kumpulan popular itu secara tiba-tiba.

“Okay tapi kamu yang memilih untuk meninggalkan kumpulan itu terlebih dahulu,” – Claire Laigne

“Mungkin Bom yang memulakan isu tetapi kamu penyebab pembubaran berlaku dengan mengambil keputusan untuk tinggalkan mereka. YG tiada pilihan lain selain membubarkan 2NE1 kerana salah seorang anggotanya pernah berkata tidak akan ada 2NE1 tanpa salah seorang daripada kamu berempat,” – Frank Allen Alfonso

“Jangan menilai keputusan yang dilakukan Minzy tanpa mengetahui kebenarannya. Kita tidak boleh salahkan Minzy sepenuhnya dalam situasi ini. Fokus utama adalah cara YG melayan mereka! – Jed Revil

“Tolong bersikap matang, fahami Minzy dia pasti ada alasan tersendiri. Kamu menilai terlalu cepat seolah-olah mengetahui semuanya. Jangan jadi bodoh! – Joy Tolentino

“Maaf ini hanyalah pendapat saya, dia yang memilih untuk keluar daripada 2NE1 jadi kenapa perlu ungkit lagi? Blergh, penat dengar kata-katanya tentang 2NE1,” - Gabriell


Terdahulu, 2NE1 secara rasminya dibubarkan pada 25 November 2016.

Foto: Google