Dek kerana tidak mempunyai wang untuk membayar bil penginapan, aktor Fattah Amin dan Alvin Chong dikerahkan untuk bekerja sebagai pelayan restoran.

Jangan salah sangka kerana 'kerahan' itu hanyalah sebahagian tugas yang harus mereka lakukan bersempena episod terbaru The House musim keempat.

Selain menjadi pelayan di restoran, Fattah dan Alvin juga ditugaskan untuk menjadi pekerja di bahagian housekeeping, membersihkan kolam dan membersihkan kawasan sekitar.

Ada peminat yang nyata terkejut melihat Fattah dan Alvin mengambil pesanan mereka dan membawa makanan.

Saksikan gelagat lucu dan mencuit hati mereka dalam musim terbaru The House!

Kenali Fattah dan Alvin dengan lebih lanjut dan ikuti perjalan persahabatan mereka dalam musim terbaru program realiti ini.

Tonton episod penuh The House yang ditayangkan secara eksklusif menerusi www.thehouse.com.my atau portal Astro Gempak!

Anda juga boleh menikmati The House menerusi aplikasi Gempak. Muat turun aplikasi tersebut sekarang di Apps Store serta Play Store.

Teks oleh: Kamaruddin Razal