Dua pasangan iaitu Muhammad Fahmi Shaharon (Fahmi) dan Faridah Noor Mohamed (Faridah) serta Nasrullah Napi (Nasrullah) dan Noor Asmah Ishak (Asmah) merupakan peserta minggu kelima rancangan realiti kewangan Let's Du-It.

Kedua-dua pasangan yang sudah berkeluarga itu dihantar ke agensi pelancongan utk cari pakej bulan madu.

Bagaimanapun, mereka disogok untuk melanggan kad keahlian dengan nilai tertentu. Mampukah mereka mengawal nafsu melancong mereka?

Baik pasangan Fahmi dan Faridah mahupun pasangan Nasrullah dan Asmah, masing-masing terjebak untuk melanggan kad keahlian walaupun mengetahui itu bukan keperluan.




Sementara itu, pada minggu hadapan pula, Razif dan Sherry akan melihat gelagat peserta yang diumpan dengan kombo makanan mewah berbekalkan bajet RM50.


Let's Du It merupakan sebuah rancangan realiti kewangan yang dihoskan oleh Sherry Alhadad dan Razif.

Cabaran akan diberikan kepada setiap peserta setiap minggu berdasarkan tema tertentu berkisar masalah yang sering dihadapi orang awam setiap hari.

Penonton akan menyaksikan peserta menyahut cabaran untuk membelanjakan wang dengan bijak dan menyimpan secara konsisten.

Jangan lepaskan peluang menonton rancangan realiti kewangan Let's Du It setiap hari Isnin pukul 9 malam di saluran Astro Ria dan Ria HD.

Teks oleh: Amri Hassan