Pelakon Yaya Maembong mendedahkan bakal menimang cahaya mata lelaki tidak lama lagi.

Jantina anak keduanya itu didedahkan oleh Yaya menerusi akaun Instagram (IG)nya semalam.

Yaya atau nama sebenarnya Rabbiati Adawiyyah, 42, turut memberi gambaran bakal menamakan anak lelakinya dengan nama Mohammad.

“Assalamualaikum Mohammad...” tulisnya ringkas.

Kakak kepada aktres Emma Maembong ini dijangka bersalin pada Februari tahun depan.

Yaya telah berkahwin dengan aktor Wan Raja pada Disember 2014 dan dikurniakan seorang anak perempuan, Seri Aileen Marissa yang kini berusia 17 bulan.

Sementara itu menerusi ruangan komen, rata-rata peminat mengucapkan tahniah dan tidak sabar untuk melihat anak kedua pasangan selebriti berkenaan.

@auneemansor: Alhamdulillah. Tahniah kak. Waaa tak lama lagi @seriaileen nak jadi kakak dah la.

@wanzhafransmartselangorkj02: Alhamdulillah tahniah @yaya_maembong.

@ziemadin: Alhamdulillah tahniah dear.

Assalamualaikum Mohammad...

A post shared by yaya maembong (@yaya_maembong) on

Foto: Instagram @yaya_maembong

Teks oleh: Mya Amri