Mungkin jarang bagi selebriti Korea untuk mendedahkan foto-foto majlis perkahwinan mereka namun tidak bagi aktres Lee Si Young.

Pelakon drama Wild Romance ini mengambil keputusan untuk mendedahkan beberapa foto yang merakamkan detik indah perkahwinannya kepada peminat.

Seleksi foto-foto cantic itu didedahkan oleh syarikat pengurusannya, Huayi Brothers semalam.

Majlis yang berlangsung secara tertutup itu dihadiri oleh keluarga dan juga sahabat rapat.

Manakala penyanyi Gummy, Huh Gak dan DJ Doc memeriahkan majlis perkahwinan itu dengan persembahan nyanyian yang memukau.

Lee Si Young berkahwin dengan Jo Seung Hyun yang merupakan seorang ahli perniagaan pada 30 September lalu bertempat di sebuah hotel di Seoul.

Di sini kami kongsikan foto-foto menarik yang diambil menerusi portal Soompi.