Kumpulan King Musang sekali lagi tewas dengan kumpulan Tenggiling Taiko di minggu keempat Super Spontan Superstar 2017 (SSS2017).

Shuib yang berperanan sebagai ketua kumpulan King Musang mengakui dirinya kecewa dengan kekalahan mereka.

"Sejujurnya, saya mewakili ahli kumpulan lain rasa kecewa dengan kekalahan ini. Kami sudah menyusun strategi untuk bermain dengan baik pada minggu keempat.

"Kami rasakan prestasi kami berada di tahap terbaik tetapi di akhir permainan, kami kalah tipis dengan kumpulan Tenggiling Taiko. Mungkin rezeki belum berpihak kepada kami," kata Shuib.

Di awal persaingan minggu keempat SSS2017, kumpulan Tenggiling Taiko sepakat mengundi Shiera untuk dipindahkan ke kumpulan Musang King sebagai ‘stabilizer’ kerana kekurangan ahli.

Di akhir rancangan, Musang King yang tewas mencapai kata sepakat untuk menyingkirkan Shiera dari SSS2017.

"Permainan yang Shiera tonjolkan pada minggu ini sangat bagus. Namun begitu, kami memilih untuk menyingkirkan Shiera.

"Shiera dipindahkan dari kumpulan lawan, sudah semestinya kami ingin mengekalkan ahli kumpulan kami. Perkara itu mungkin terjadi sekali lagi di minggu seterusnya jika situasi sama berulang," kataya lagi.

Saksikan Super Spontan Superstar 2017 yang bersiaran secara langsung di Dewan Percubaan UPM, Serdang, bermula 8 September 2017, setiap Jumaat, jam 10.00 malam di Astro Warna (saluran 132) dan Astro Warna HD (saluran 124).

Program ini juga boleh ditonton menerusi aplikasi Astro GO dan ‘on demand’.

Teks oleh: Kamaruddin Razal
Foto: Instagram @shuibsepahtu