Sebanyak RM50 diberikan kepada dua peserta minggu ini, Noor Farahnabila dan Wan Muhamad Faisal untuk berbelanja di sebuah restoran.

Memandangkan Farah dan Wan merupakan individu yang gemar mencuba pelbagai jenis makanan, mereka diumpan dengan kombo makanan mewah dalam Cabaran Terjebak.

Farah bagaimanapun telah terpengaruh dengan kombo makanan mewah yang ditawarkan dan menyebabkan dia gagal menghabiskan hidangannya manakala Wan berjaya menepis tawaran tersebut.

Pada minggu kelapan, dua peserta terdiri daripada selebriti akan diberikan cabaran Kad Keahlian untuk melihat bagaimana mereka menepis tawaran tambahan kad keahlian selepas sesi rawatan percuma.

Untuk mengetahui bagaimana setiap peserta menyahut cabaran yang diberikan pada mereka dengan dengan lebih lanjut, saksikanlah rancangan realiti kewangan Let’s Du It setiap hari Isnin pada pukul 9 malam di saluran Astro Ria dan Ria HD.

Pada minggu ini, penonton dapat mengetahui tips–tips seperti cara berbelanja secara tunai atau kredit yang dikongsikan oleh Jabatan Pendidikan Kewangan (AKPK) dan juga tips yang mudah untuk menyimpan bagi persediaan apabila bersara nanti oleh KWSP.



Let's Du It merupakan sebuah rancangan realiti kewangan yang dihoskan oleh Sherry Alhadad dan Razif.

Cabaran akan diberikan kepada setiap peserta setiap minggu berdasarkan tema tertentu berkisar masalah yang sering dihadapi orang awam setiap hari.

Penonton akan menyaksikan peserta menyahut cabaran untuk membelanjakan wang dengan bijak dan menyimpan secara konsisten.