Pelakon Fizo Omar dan isterinya, Mawar Abdul Karim mendedahkan bakal menimang cahaya mata perempuan.

Berita gembira itu diberitahu oleh Fizo menerusi akaun Instagram (IG)nya semalam.

Video tersebut merakamkan wajah gembira dan teruja pasangan itu bersama seorang doktor sewaktu pengumuman jantina anak mereka.

Sementara itu, mereka turut memberitahu bayi yang kini sudah berusia 24 minggu di dalam kandungan Mawar sudah mencecah berat 600gram.

Manakala Mawar pula seakan-akan tidak percaya beratnya kini sudah naik sehingga 16 kilogram sejak hamil.

Tahniah Astro Gempak ucapkan kepada pasangan ini, moga ibu dan bayi sihat sehingga proses bersalin nanti.

Berikut merupakan video yang dikongsikan Fizo:

??❤️?= ?????‍?‍?

A post shared by fizoomar (@fizoomar) on