Pasangan pelakon Aeril Zafrel dan Wawa Zainal dikecam pengikut Instagram (IG) selepas memuat naik foto yang didakwa kurang sesuai kerana dikatakan meniru gaya tidak senonoh.

Foto yang memaparkan pasangan suami isteri tersebut meniru gaya usahawan kosmetik Nur Sajat dan Datuk Seri Vida itu dikecam sesetengah pengikut IG Wawa kerana Aeril didakwa menunjukkan isyarat lucah.

Sementara itu, Wawa pula ditegur pengikutnya kerana membela kuku panjang dan dikatakan tidak sesuai dengan penampilan seorang muslimah.



Bagaimanapun ada pengikut yang membela Wawa dan Aeril pada ruangan komen entri tersebut dan meneka gaya siapa ditiru pasangan sama cantik sama padan itu.

Ada juga pengikut membela Aeril dan berpendapat dia tidak tahu isyarat jari yang ditunjukkan lucah serta Wawa sudah memaklumkan dia memakai kuku palsu di IG storynya sebelum foto tersebut dimuat naik.

@dyranoornadirah: @cikpuanbear dia pakai kuku palsu laa sblom @w4w4_zainal post gambar ni dia dah letak gambar kuku kat insta story bgtahu dia guna kuku palsu .. tak tahu cite terus nk kecam.

@yana_pandorianz: Lex r.. Dia pon mngkin xtau tu lmbang lucah.. Dia just tunjuk style sajat n dsv je...

Foto: Instagram Wawa Zainal