Majlis tersebut disambut meriah dengan kehadiran keluarga dan sahabat-sahabat terdekat bertempat di Vine Cafe, Starling Mall sebentar tadi.
Linda yang hadir dengan bergaya ‘sempoi’ tetap kelihatan manis dan cantik sepanjang majlis tersebut berlangsung.
Kakak kepada aktres Diana Rafar ini turut berkongsi beberapa foto menarik yang merakamkan detik indah majlis tersebut menerusi akaun Intagram (IG)nya beserta hashtag #ariiqturns6.
Ariiq juga tidak dapat menyembunyikan rasa gembira dan asyik tersenyum sepanjang majlis tersebut berlangsung.
Di sini kami kongsikan beberapa foto menarik yang diambil menerusi IG Linda: