Pelakon Fattah Amin dan Alvin Chong mendedahkan ciri-ciri wanita idaman mereka.

Dua jejaka yang bersahabat baik itu berkongsi isi hati mereka dalam episod kedua musim terbaru rancangan realiti The House.

Antara ciri-ciri gadis idaman Fattah ialah wanita yang mempunyai hati yang baik manakala Alvin pula mencari seorang gadis idaman yang menghormati ibu bapa.

Mereka turut berkongsi beberapa rahsia yang tidak diketahui peminat dalam episod terbaru ini.

Untuk mengetahui senarai penuh ciri-ciri wanita idaman Fattah dan Alvin serta menonton episod kedua The House, jangan ketinggalan untuk melayari laman web rasmi The House!

Kenali Fattah dan Alvin dengan lebih lanjut dan ikuti perjalan persahabatan mereka dalam musim terbaru program realiti ini.

Tonton episod penuh The House yang ditayangkan secara eksklusif menerusi www.thehouse.com.my atau portal Astro Gempak!

Anda juga boleh menikmati The House menerusi aplikasi Gempak. Muat turun aplikasi tersebut sekarang di Apps Store serta Play Store.

Teks oleh: Kamaruddin Razal