Pelakon Yana Samsudin teruja selepas menerima hadiah sebuah kereta daripada suaminya, Fadzil Zahari sebagai kejutan di majlis hari lahirnya.

Menerusi satu entri di akaun Instagram (IG)nya,
Yana telah memuat naik foto bersama suami dan anak bergambar bersebelahan sebuah kereta jenis Kenderaan Utiliti Sukan (SUV) warna putih dengan ikatan riben merah jambu.

Dalam kapsyen tersebut, Yana memberitahu dia sangat terkejut dan gembira dengan hadiah yang diberikan serta mengucapkan terima kasih kepada suaminya.

Berikut merupakan entri tersebut:

Terima kasih sayang... yang ni memang suprise... siap ada reben ikat tengah. Kenapa tak pink terus warna tu hahaaaa . . Tak nak taip panjang panjang... . . Good Choice... . . Im happy wife and mom, and friend and daughter, sister and dotdotdot ... ?????? #HappyBirthdayYS #MajlisHarijadiYS #EnKetuaRumah #AbaikanRupaKu #jangancaraslakiaku yeaaahahahhaaaaaa

A post shared by Yana Samsudin (@yanasamsudin) on


Yana yang menyambut ulang tahun ke 33 kelmarin telah dihujani ucapan hari lahir daripada peminat dan pengikut IGnya.

Rata-rata peminat turut tumpang gembira dengan Yana dan mendoakan moga dia dan keluarga terus bahagia

Pasangan ini mempunyai seorang anak lelaki, Aisy Mateen yang berusia setahun.

Teks oleh: Syafiqah Jalal
Foto: Instagram Yana Samsudin