Pelakon Hafidz Roshdi memilih nama Humairah untuk anak sulungnya yang dilahirkan pada 9 September lalu.

Hafidz menerusi entri akaun Instagram (IG)nya sebentar tadi memberitahu nama anak perempuannya itu membawa maksud putih kemerah-merahan.

Sama seperti selebriti lain, Hafidz dan isterinya, Nurul Shuhada Mat Shukri juga turut mewujudkan akaun IG anaknya @ Humairah.Hafidz dengan memuat naik foto pertamanya pada 18 September lalu.

Alhamdulillah, : Humairah Binti Muhammad Hafidz. : Humairah ( Gelaran isteri Nabi Aisyah R.A ) : Maksud putih kemerah - merahan . : Ig @Humairah.Hafidz : #AnakAbah #TaatPadaAllah

A post shared by لَااِلَهَ اِلَّااللهُ (@hafidz.roshdi) on


Dalam pada itu, menerusi ruangan komen, rata-rata peminat memuji keindahan nama anak aktor tersebut.

@asyhndhrh._: Alhamdulillah, cantik nama tu. Semoga adik @Humairah.Hafidz soleh dan taat kepada orang tua secantik namanya

@azurien18: Cantiknya nama. Nama yang indah sama dengan baby Ali anak @saharulridzwan @deenaemir.

@mohamadyaakub95: Alhamdulillah. Nama yang ringkas, comel nama dan maksud dia @hafidz.roshdi dan isteri pilih.

@abdullah.mohamad: Alhamdullilah, Akhirnya lari dari trend yang meletakkan nama sampai tiga empat rangkap.

Foto: Instagram @hafidz.roshdi

Teks oleh: Mya Amri