“Welcome back Ammar!, barulah lengkap jejaka DIA!” Ini antara komen yang ditulis pengikut Instagram (IG) penyampai radio dan pengacara Ammar Abu Hassan yang sudah mula kembali ke konti selepas lima bulan digantung tugas.

Ucapan tahniah dan selamat itu diterima Ammar menerusi ruangan komen sebuah entri yang dimuat naik di akaun IGnya, kira-kira jam 1 petang tadi.

Terdahulu, Ammar direhatkan pihak pengurusan Rangkaian Radio Media Prima dan Hot FM gara-gara kontroversi mempersendakan nama bapa bekas pelari pecut negara, Watson Nyambek menerusi program Sukan Tak Sentral.

Menurut Hot FM, Ammar mula bertugas pada Isnin menerusi segmen Jam Hot bersama dua orang penyampai iaitu Deen dan Issey.



Foto: Google, Instagram Ammar