Jutawan kosmetik, Datuk Aliff Syukri dan aktor Afdlin Shauki tersenarai sebagai penerima darjah dan pingat sempena Istiadat Memuliakan Ulang Tahun Keputeraan Sultan Pahang di Istana Abu Bakar, Pekan, Pahang sebentar tadi.

Aliff menerima Darjah Sri Sultan Ahmad Shah (SSAP) yang membawa gelaran Datuk Seri manakala Afdlin menerima Darjah Indera Mahkota Pahang (DIMP) yang membawa gelaran Datuk.

Adinda Sultan Pahang, Tengku Datuk Kalsom Sultan Abu Bakar yang menerima darjah SSAP mendahului senarai 155 penerima darjah dan pingat sempena istiadat tersebut.

Dua lagi adindanya iaitu Tengku Datuk Norazahan dan Tengku Datuk Noor Ashikin turut sama menerima darjah SSAP.

Pemangku Raja Pahang Tengku Abdullah Sultan Ahmad Shah berkenan menyempurnakan istiadat itu.

Afdlin memuat naik berita tersebut di laman Instagram miliknya, @afdlinshaukiofficial. Dalam entri tersebut, Afdlin memuat naik foto dirinya bersama ibu yang turut hadir di majlis penerimaan darjah kebesaran tersebut.

"Gang haji saya ada dengan saya masa ambil kurnia. Ini semua berkat doa dia. Love you Hajjah mummy," tulis Afdlin.

Teks oleh: Kamaruddin Razal
Sumber: Bernama & Instagram @afdlinshaukiofficial.
Foto: Instagram @afdlinshaukiofficial.


Gang haji saya ada dgn saya masa ambil kurnia. Ini semua berkat doa dia. Love you hajjah mummy.

A post shared by Afdlin Shauki (@afdlinshaukiofficial) on

Tahniah Datuk Seri Aliff Syukri!

A post shared by Afdlin Shauki (@afdlinshaukiofficial) on