Sempena ulang tahun perkahwinan Abby Abadi dan suaminya, Faizal Zakaria pada 20 September lalu, bekas pelakon itu menceritakan kisah awal perkenalan mereka.

Menerusi entri di akaun Instagram (IG) miliknya, Abby memuat naik foto perkahwinannya dengan suami dua tahun lalu.


Abby di dalam entri tersebut memberitahu dia dan suami berkenalan secara tidak sengaja ketika mereka berdua aktif dalam bidang politik.

Ketika pertemuan pertama dengan suaminya dia menegur rantai yang dipakai di lehernya kerana dia memberitahu haram bagi lelaki memakainya.

Namun ketika itu Faizal menjelaskan ia adalah kad media yang digantung. Bagaimanapun tidak lama selepas itu, dengan spontan dia menanggalkannya.

Melihat tindakan Faizal ketika itu, Abby merasakan lelaki berkenaan seorang yang mudah menerima teguran dan mereka mula berkenalan lebih rapat.

Di awal perkenalan mereka pula, dia mengajar Faizal memakai jubah. Faizal pada mulanya menolak kerana merasakan ia bukan imejnya yang sebenarnya.

Namun, lama kelamaaan suaminya itu mula membiasakan diri memakai jubah tanpa dipaksa.

Selepas beberapa bulan berkenalan, Abby memberitahu mereka terus merancang untuk berkahwin dan kini Faizal seorang suami dan bapa yang sangat baik kepadanya dan tiga orang anaknya (hasil perkahwinan dengan bekas suami, Norman Hakim)

Akhir sekali, Abby berdoa agar hubungannya dengan suami kekal bahagia hingga hujung nyawanya.

Berikut merupakan entri yang dimuat naiknya:
*Ig embed


Foto: Instagram: Abby Abadi

Teks oleh: Syafiqah Jalal