Pelakon Nam Ron bersedia untuk menerima kritikan selepas membawakan watak lelaki lembut berpakaian wanita dalam Che Pa.

Che Pa arahan sutradara Sabri Yunus merupakan sebuah filem televisyen terbaru yang sedang ditayangkan di Astro First Eksklusif.

"Saya membawa karakter Che Pa atau Jaafar, seorang lelaki lembut. Che Pa merupakan seorang bapa tunggal yang mempunyai seorang anak.

"Namun begitu, pekerjaan Che Pa sebagai penari hadrah memerlukan dirinya untuk mengenakan pakaian wanita, bersolek serta menari. Saya sudah bersedia untuk menerima sebarang kritikan serta komen orang ramai.

"Karakter sebegini wujud kerana memang ada lelaki yang bekerja sebagai penari hadrah. Seni hadrah perlu dihalusi kerana masih ramai yang belum tahu dengan perkara tersebut.

"Menurut sejarah, tarian hadrah yang dibawa masuk pedagang Parsi di zaman dahulu memang menampilkan penari lelaki yang berpakaian wanita," kata Nam Ron.

Selesa berlakon di bawah arahan Sabri, Nam Ron terus menerima tawaran untuk membintangi Che Pa tanpa bertanyakan mengenai naskah tersebut.

"Saya terus menerima tawaran Sabri tanpa bertanyakan mengenai karakter atau naskah. Bagi saya, Sabri merupakan seorang pengarah yang begitu teliti dan pastinya dia mahukan karya yang terbaik," katanya lagi.

Selain Nam Ron, Che Pa turut dibintangi oleh Ezany, Amyza Aznan, Allahyarham Yus Jambu, Saidi Sabri, Putri Hanan dan ramai lagi.

Saksikan Che Pa bermula hari ini (21 September) di Astro First Eksklusif, saluran 480 dan platform ‘on demand’. Dengan hanya RM 15.90 (termasuk GST) untuk sebuah filem, penonton boleh menyaksikan filem ini berulang kali dalam tempoh 48 jam dari waktu pembelian.

Teks oleh: Kamaruddin Razal


Admin belanja sikit trailer untuk supertele Astro First Eksklusif "Che Pa" yang anda boleh start langgan kat Saluran 480 Astro First mulai pukul 12 tgh malam ini. Best cerita ni. Jangan lupa subscribe ye! @_nam_ron_ @sabriyunus @putrihanan @chemat_rajalawak @muhammad_saidisabri @zeelproduction @astrogempak @amyzaaznan @ezany_nizariff @fendilondon

A post shared by Astro First Eksklusif // AFX (@astrofirsteksklusif) on

Jika anda tidak tahu apa itu hadrah, jangan bimbang. Anda tidak keseorangan. . Tonton Che Pa - ia akan membawa anda mengenali dan menghargai keindahan seni hadrah yang makin dilupai. . 21 Sept 2017 di saluran 480. . @_nam_ron_ @sabriyunus @zeelproduction

A post shared by Astro First Eksklusif // AFX (@astrofirsteksklusif) on

Seni Hadrah yang makin dilupai. Demi cintanya pada Hadrah, Che Pa rela berkorban segalanya. . Akan datang pada 21 Sept 2017. . @_nam_ron_ @sabriyunus @zeelproduction #hadrah #taklapukdekhujantaklekangdekpanas #chepa

A post shared by Astro First Eksklusif // AFX (@astrofirsteksklusif) on