Gitaris kumpulan Kristal, Rody melamar penjaga gol skuad futsal wanita kebangsaan, Niena Azman menerusi laman Instagram miliknya,
@rodykristal.

Menerusi entri terbaru Rody, dia memuat naik sebuah foto mesra dirinya bersama Niena.

"Jika saya ingin mencintai awak @niena_azmann... Adakah awak akan menerimanya? Kalau terima, please repost! #brocuba #kisahkita," tulis Rody.

Lamaran secara sempoi yang dilakukan Rody itu disambut baik oleh Niena.

Penjaga gol jelita itu telah mengulang siar foto yang dimuat naik oleh Rody di laman Instagram miliknya, @niena_azmann.

"Bila rockers suka... Dia buat sweet pula... Peluang datang sekali macam sepak penalti, kalau masuk menang... Kalau saya tepis awk kalah... Training betul-betul!" tulis Niena.

Rata-rata peminat menyifatkan tindakan yang dilakukan oleh Rody sangat 'sweet'. Selain itu, ruangan komen akaun Instagram milik Rody dan Niena dibanjiri dengan ucapan tahniah.

Menerusi laporan sebuah portal online, Rody telah menjalin hubungan dengan Niena atau nama sebenarnya, Nur Izwani Azman selama enam bulan.

Rody atau nama sebenarnya, Mohd Rodi Baharudin turut merancang untuk menghantar rombongan meminang dalam masa terdekat.

Teks oleh: Kamaruddin Razal
Foto: Instagram @rodykristal & @niena_azmann

Jika sy ingin mencintai awak @niena_azmann .. adakah awak akan menerimanya?? ? Kalau terima pls repost! #brocuba #kisahkita

A post shared by official rody kristal (@rodykristal) on

Bila rockers suka.. die buat sweet pulak ??? Peluang datang sekali macam sepak penalti, klu masuk menang.. kalau saya tepis awk kalah.. training btol2!??? . . . #Repost @rodykristal (@get_repost) ・・・ Jika sy ingin mencintai awak @niena_azmann .. adakah awak akan menerimanya?? ? Kalau terima pls repost! #brocuba #kisahkita

A post shared by Nur Izwani ? Dekno (@niena_azmann) on