Pelakon Alvin Chong berkongsi beberapa foto sweet bersama aktres Emma Maembong untuk drama terbaru mereka, Awak Suka Saya Tak?

Bagaimanapun, foto-foto tersebut menerima pelbagai reaksi positif peminat yang rata-ratanya meluahkan rasa tidak sabar untuk melihat gandingan pasangan berkenaan.

Belum pun drama tersebut ditayangkan, peminat mula menunjukkan sokongan padu terhadap lakonan Alvin dan Emma sehingga hashtag #Emmalvin sudah mula diwujudkan oleh mereka.

Malah setiap foto yang dikongsi oleh Alvin di akaun Instagramnya juga dipenuhi dengan komen-komen yang menyatakan rasa teruja untuk menonton episod pertama drama adaptasi novel tersebut.

Awak Suka Saya Tak? akan mula ditayangkan pada 25 September ini, setiap Isnin hingga Khamis bermula jam 10 malam di Astro Ria (saluran 104) dan Ria HD (saluran 123).

Di sini kami kongsikan foto-foto sweet Alvin dan Emma.

Saya sanggup tunggu selama- lamanya sampai Tuhan buka hati awak utk jd milik saya. Saya yakin & percaya awak jodoh saya. My one and only Puteri Intan Zulaikha #AwakSukaSayaTak

A post shared by Alvin Chong (@alvinchong123) on

Intan: Hilman, muka saya tembam laaa ~ Hilman: Tak pe, kita sama2 tembam k?

A post shared by Alvin Chong (@alvinchong123) on

I won't live to see another day without you. Because a girl like you it's impossible to find. #awaksukasayatak

A post shared by Alvin Chong (@alvinchong123) on

Intan: Hilman, saya nak cincin white diamond satu, nak rantai emas pastu saya nk beli lg bracelet silver for mama. Hilman: Boleh Intan, tp kena tunggu lepas kita kahwin dulu. And Intan kena belajar masak. Yg penting tak lupa solat dulu. Nnt klau nk rumah pun Hilman belikan. Intan: okkehh ? #AwakSukaSayaTak #HilmanYong #IntanZulaikha

A post shared by Alvin Chong (@alvinchong123) on

Foto: Instagram Alvin Chong

Teks oleh: Mya Amri