Aktor Nam Ron akui berdepan dengan cabaran untuk membawakan watak seorang penari hadrah dan menyarungkan pakaian perempuan menerusi karya arahan Sabri Yunus, Che Pa.

"Saya membawa watak seorang lelaki lembut yang merupakan penari hadrah. Walaupun lembut, watak Che Pa merupakan seorang bapa tunggal.

"Cabaran yang saya hadapi ialah untuk belajar cara menari hadrah dan berpakaian wanita. Saya kurang selesa kerana harus bersolek tebal dan bersanggul," katanya kepada Astro Gempak ketika ditemui di majlis tayangan filem televisyen Che Pa.

Dalam pada itu, mengulas mengenai lakonan, Nam Ron atau nama sebenarnya, Shahili Abdan, 47, menegaskan penonton kini sudah bijak memilih naskah dan tidak melihat kepada rupa paras pelakon semata-mata.

"Sekarang semuanya bersandarkan karya atau jalan cerita. Penonton sudah bijak memilih dan tidak lagi bersandar kepada rupa paras atau populariti pelakon.

"Sebagai contoh, tak semua filem lakonan pelakon popular mendapat tayangan pecah panggung di pawagam. Sudah tentu filem yang mempunyai penceritaan yang baik menjadi pilihan penonton.

"Sebagai contoh, Ola Bola. Filem tersebut menggunakan khidmat pelakon baru yang tidak dikenali tetapi mendapat kutipan yang sangat baik," ujarnya.

Selain Nam Ron, Che Pa turut dibintangi oleh Ezany, Amyza Aznan, Allahyarham Yus Jambu, Saidi Sabri, Putri Hanan dan ramai lagi.

Saksikan Che Pa bermula 21 September ini di Astro First Eksklusif, saluran 480 dan platform ‘on demand’. Dengan hanya RM 15.90 (termasuk GST) untuk sebuah filem, penonton boleh menyaksikan filem ini berulang kali dalam tempoh 48 jam dari waktu pembelian.

Teks oleh: Kamaruddin Razal

Seni Hadrah yang makin dilupai. Demi cintanya pada Hadrah, Che Pa rela berkorban segalanya. . Akan datang pada 21 Sept 2017. . @_nam_ron_ @sabriyunus @zeelproduction #hadrah #taklapukdekhujantaklekangdekpanas #chepa

A post shared by Astro First Eksklusif // AFX (@astrofirsteksklusif) on

Jika anda tidak tahu apa itu hadrah, jangan bimbang. Anda tidak keseorangan. . Tonton Che Pa - ia akan membawa anda mengenali dan menghargai keindahan seni hadrah yang makin dilupai. . 21 Sept 2017 di saluran 480. . @_nam_ron_ @sabriyunus @zeelproduction

A post shared by Astro First Eksklusif // AFX (@astrofirsteksklusif) on