Penyanyi rap popular Nicki Minaj dikatakan sedang menjalinkan hubungan istimewa bersama rakan baiknya iaitu Nas.

Menurut laporan Daily Mail, pasangan ini sering dilihat menghabiskan waktu bersama dan bercinta sejak bulan Mei lalu.

"Nicky sekarang sedang bercinta dengan rakan baiknya sendiri dan mereka sedang mengenali hati budi masing-masing dengan lebih dekat.

"Mereka juga sering keluar menghabiskan masa bersama-sama dan menyambut ulang tahun kelahiran Nas di New York.

"Malah hubungan mereka sekarang ini semakin serius sejak beberapa bulan lalu ," kata sumber.

Tambah sumber, mereka juga kini lebih terbuka untuk berkongsi mengenai kisah percintaan itu dan Nas dilihat mula memuat naik gambar bersama Nicky di Instagram miliknya.

Sebelum ini, Nicky mengakui menyimpan hasrat mendapatkan anak sendiri tanpa mempunyai ikatan perkahwinan dan dia telah meminta pertolongan daripada Nas untuk menderma sperma.

Sumber Oleh: Daily Mail