Finalis Hero Remaja 2017, Aiman Zaim mengakui dirinya pernah disamakan seperti kinzir kerana mempunyai berat badan yang berlebihan.

Bagaimanapun kata Aiman, 21, perkara itu tidak menjadi halangan untuk dia menyimpan hasrat bergelar hero remaja meskipun pernah kecewa dengan kritikan yang diberikan oleh orang sekeliling.

"Sebenarnya saya pernah mempunyai berat badan berlebihan sehingga 115 KG dan disebabkan itu ada juga yang enggan mendengar pendapat saya.

"Mereka menganggap saya hanya layak untuk bersuara dengan haiwan seperti khinzir sahaja.

"Tak dinafikan bahawa ejekan merupakan makanan harian saya dan apa sahaja yang dilakukan oleh saya semuanya dianggap salah.

"Sampaikan pada satu tahap bila lihat cermin pun rasa jijik dengan diri sendiri.

"Disebabkan ejekan itu jugalah saya tanamkan azam untuk kurus dan tidak mahu lagi dipandang hina oleh masyarakat.

"Saya mengambil masa selama tiga bulan untuk turunkan berat badan dengan melakukan senaman setiap hari dan kini berat badan saya sudah 70 KG.

"Jujur saya katakan bukan mudah nak mengubah diri tetapi kalau ada keazaman yang kuat perkara itu tidak mustahil.

"Terima kasih kepada mereka yang mengejek saya dahulu, kerana mereka saya dapat capai apa yang diinginkan sekarang," katanya kepada Astro Gempak.

Aiman Zaim berkata demikian ketika ditemui pada rakaman program Hero Remaja yang diadakan di Karangkraf, Shah Alam, baru-baru ini.

Untuk mengetahui perkembangan terbaharu mengenai finalis-finalis Hero Remaja, jangan lupa saksikan rancangan Hero Remaja 2017, setiap hari Khamis pada pukul 9 malam, di salauran Astro Ria (saluran 104) dan Ria HD (saluran 123).

Sementara itu, penonton juga boleh menyaksikan 'Hero Remaja x Astro Gempak' secara digital di laman web Astro Gempak.

"STORY OF MY LIFE" . Seumur hidup aku aku tak pernah ada memori yang aku ni tak obes , sejak kecil memang aku obes . Bak kata orang kecintaan pada makanan terlalu kuat . Hahaha Makin meningkat umur makin aku membesar dan kemuncaknya pada awal aku form4 . Berat aku masa tu "115 KG " yang macam dalam gambar tahun 2012 tu . Comel kan? ? Tak dinafikan bahawa "ejekan makanan harian aku " hari hari kena ejek sampai dah malas nak layan . Aku diam salah , aku bising pun salah semua benda tak kena . Tapi dalam muka "relax" aku kena ejek , serius aku rasa pedih kena ejek . Bertahun aku tahan , confident level aku makin lama makin teruk , aku jadi down gila . Sampai lah satu haritu masa aku form 5 , tengah aku bercakap ada yang menyapuk dengan ayat yang bagi aku pedas tahap dewa . Ayat nya lebih kurang camni , "Kau sape nak bagi pendapat , kau obes tak layak pun bersuara , kau pergi bersuara dengan makluk sekaum kau tu , BAB! ! " Waktu tu aku sentap , sampaikan aku tengok cermin pun rasa jijik ngan diri sendiri . So waktu tu jugak aku tertanam azam nk kurus , tak nak dihina , taknak dipandang jijik dimata orang. Aku nak buktikan aku pun MANUSIA . So habis je SPM aku terus mulakan misi aku , aku diet , work out and aku betul betul , jaga makan minum aku . Setiap kali aku nak putus asa aku akan teringat balik segala ejekan yang dimuntah kan ke muka aku . Sepanjang cuti SPM , Selama tiga bulan aku berhempas pulas akhirnya berat aku menurun dari 115KG ke 70KG . Jujur aku cakap , memang tak mudah nak ubah diri tetapi kalau ada keazaman yang kuat ianya tak mustahil . Dan aku berterima kasih kepada orang yang ejek aku dulu , kalau tak aku tak sedar sampai sekarang? , TQ guys ? Dan yang masih mengejek rupa paras dan fisikal seseorang tu , dah dah lar , bukan korang makin hensem atau makin cantik pun bila ejek orang . Simpan lah kata kata tu untuk benda yang lebih berfaedah .?? Okay lah , dah lenguh dah type bnyak2 .hahaha?? Kalau korang ade story nak cerita do comment below .?? #ceritakita

A post shared by Aiman zaim (@aimanzaym) on


Teks Oleh: Rozaimi Zubaidi