Penyanyi Amir Jahari bakal mempersembahkan lagu Laskar Pelangi nyanyian asal Nidji di Konsert AF Megastar malam ini.
Amir menerusi laman Facebook memberitahu lagu itu ditujukan khas untuk 23 mangsa yang terkorban dalam kebakaran Pusat Tahfiz Darul Quran Ittifaqiyah baru-baru ini.
Menurut Amir, lagu itu diharapakan dapat meringankan beban di hati keluarga mangsa yang terpaksa melalui waktu sukar tersebut.
Mengangkat tema 'Meraikan Cinta dan Kehidupan' lagu tersebut juga ditujukan khas buat atlit Malaysia untuk Sukan Para Asean ke-9 yang akan bermula malam ini.
Selain itu, sempena Hari Malaysia semalam Amir memberitahu dengan lagu tersebut dia akan membawa penonton menjelajah negeri kelahirannya, Sarawak.
Amir berharap dengan persembahan malam ini dia dapat kekal di AF Megastar untuk mara ke konsert seterusnya.
AF Megastar malam ini bakal menentukan siapa yang dapat meneruskan perjuangan ke konsert seterusnya selepas penyingkiran diumumkan.
Selain Amir Jahari, bintang yang turut berentap di AF Megastar malam ini adalah Syamel, Indah, Idayu, Bob, Marsha, Sufi, Adira, Shahir, Amir, Azhar dan Ewal.
Peminat sudah boleh mengundi bintang kegemaran mereka masing-masing mulai sekarang.
Sebanyak 60 peratus markah bakal diadili oleh juri tetap Datuk Ramli MS dan Syafinaz Selamat seorang juri jemputan.
Selebihnya, 40 peratus adalah hasil undian iaitu AFUNDI daripada peminat.
AFUNDI boleh dilakukan menerusi www.afmegastar.com.my atau secara SMS, taip AFUNDInama bintang dan hantarkan ke 32777. Untuk undian pukal, taip AFUNDI<3/5/10/20>nama bintang dan hantarkan ke 32777.
AF Megastar bersiaran secara langsung di Astro Ria (104) dan Ria HD (123), setiap hari Ahad, jam 9 malam.

AF Megastar juga boleh ditonton secara langsung di laman http://www.afmegastar.com.my/

Jika mahu menonton koleksi konsert akhir Akademi Fantasia dari musim pertama hingga ke AF2013, boleh ke Astro On Demand (OD) dengan melayari www.watchod.com

Teks oleh: Syafiqah Jalal